English Forum Special Rules
This special forums is dedicated for those who wish to improve their English through forum communications.
You can discuss anything (ICT or not) in here but you MUST write in English. Don't be afraid of errors, cause someone might help you with it.
Remember:
1. Everyone MUST use proper English. Rojak is unacceptable unless user really have no idea with the words in English.
2. Any denunciation, insulting, churlish and offensive words are not allowed
3. No unnecessary Malay words
4. No unnecessary sms or short forms words
5. No cut & paste promotional material!
![]() ![]() |
Back To The Basics English #1 - Nouns, English Grammar |
Jan 11 2008, 10:55 AM
Kiriman
#1
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Dalam mempelajari bahasa Inggeris kita mungkin sering tertanya-tanya apakah topik-topik yang perlu kita pelajari untuk sekurang-kurangnya dapat menguasai asas bahasa Inggeris. Begitu juga apabila kita sendiri ingin mengajar anak-anak kita bahasa Inggeris atau kita ingin menghantar anak-anak kita ke kelas tuition bahasa Inggeris. Apakah topik-topik yang perlu dipelajari terlebih dahulu untuk mengukuhkan fundamentals atau asas kita dalam bahasa Inggeris?
Dalam bahasa Inggeris, secara amnya ada LAPAN aspek atau topik dalam bahasa Inggeris ASAS yang perlu anda pelajari secara menyeluruh untuk memastikan yang anda dapat menguasai FUNDAMENTALS OF ENGLISH GRAMMAR. Lapan topik ini ialah :- 1. Nouns 2. Pronouns 3. Adjectives 4. Verb 5. Adverb 6. Preposition 7. Conjunction 8. Articles Dalam topik kali ini kita akan melihat tentang Nouns. 1. Nouns 1.1. Function of Nouns - Apa fungsi Nouns? Dalam topik ini anda perlu tahu apakah kegunaan nouns dan untuk apa anda perlu gunakan nouns. Jika anda ingin pastikan yang sesuatu perkataan itu adalah nouns, anda boleh rujuk kepada kamus anda. Pastikan yang kamus anda adalah kamus yang komprehensif dan ada menyenaraikan apa jenis perkataan dalam kamus itu.Nouns i. Orang - seperti Ali, Siti, student, teacher, boy dan sebagainya ii. Tempat - seperti Kuala Lumpur, office, house, city iii. Benda - seperti car, phone, computer iv. Haiwan - seperti Garfield, King Kong, cat, dog v, Abstrak - Untuk menamakan perasaan, keadaan, situasi seperti anger, sadness, wisdom, happiness dan sebagainya 1.2 Common Nouns and Proper Nouns - Kata Nama Biasa dan Kata Nama Khas Common nouns merujuk kepada nouns yang ditulis dengan huruf kecil manakala Proper Nouns pula ialah Kata Nama Khas seperti Putrajaya, Ahmad, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya yang perlu ditulis menggunakan huruf besar. 1.3 Count - Countable Nouns and Uncountable Nouns - Kata Nama Boleh Dikira dan Kata Nama Tidak Boleh Dikira Countable nouns ialah nouns yang boleh dikira dan mempunyai bentuk plural untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu seperti:- 1. one car - two cars 2. a child – many children 3. a thief – several thieves 4. one bus – a couple of buses Uncountable Nouns pula ialah jenis Nouns yang tidak boleh dikira dan tidak boleh ditambah ’s’ ‘es’, ‘ies’ dan ‘ves’ dihujungnya walaupun jumlahnya banyak. Uncountable nouns ini akan menggunakan Adjectives of Quantity untuk menunjukkan kuantitinya seperti ‘too little sugar’ dan ‘too much sugar’. Lain-lain hal yang perlu anda ingat ialah :- 1. Uncountable Nouns tidak digunakan dengan articles ‘a’ dan ‘an’ Some fruit dan bukannya a fruit 2. Tidak digunakan dengan nombor untuk menunjukkan kuantiti. A lot of furniture dan bukannya three furniture. 3. Hanya boleh digunakan dengan nombor jika nombor itu digunakan untuk merujuk kepada bekas atau container untuk menyimpan Uncountable Nouns itu. Three cups of coffee dan bukannya 3 coffee. Two botlles of water dan bukannya 2 water. 1.4 Plural and Singular Nouns - Kata Nama Majmuk dan Kata Nama Tunggal Plural nouns ialah nouns yang boleh dikira dan oleh itu boleh ditambah ’s’ atau ‘ies’, atau ‘es’ , ‘ves’ dan sebagainya untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu. Lain2 bentuk Plural nouns ialah :- 1. Irregular – Bentuk plural melibatkan perubahan ejaan seperti child – children, mouse –mice, man –men. 2. Tidak bertukar bentuk – one sheep–many sheep, a fish–several fish. 3. Memang dalam bentuk plural –Untuk benda-benda yang datang dalam pasangan –spectacles, pants, shoes Singular nouns pula ialah untuk menunjukkan bilangan nouns ialah tunggal dalam Countable Nouns. Dalam Uncountable Nouns pula ianya cuma dalam bentuk Singular dan tidak boleh dalam bentuk plural seperti sugars, cofees dan sebagainya. 1.5 Collective Nouns - Kata Nama Berkumpulan atau Penjodoh Bilangan Berkumpulan Collective nouns pula ialah penjodoh bilangan untuk nouns yang banyak. Dalam bahasa Melayu kita pun turut menggunakannya seperti sesikat pisang, sekawan burung dan sebagainya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris ianya lebih meluas seperti a herd of cattle, a swarm of bees, a troop of monkeys dan sebagainya. Sila rujuk kepada buku Easy English yang ditulis oleh Nor Bi terbitan Karangkraf untuk senarai yang lengkap. Nota – dalam collective nouns a herd of cattle, herd berfungsi sebagai nouns yang bermaksud “a group of cattle or sheep or other dmoestic mammals all of the same kind that are herded by humans”. Bagaimanapun dalam contoh colective nouns ini herd juga boleh berfungsi sebagai verb dimana ianya bermaksud –“cause to herd, or crowd together” e.g. The teacher herded the students into the classroom. 1.6 Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan Possessive nouns bertujuan untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:- 1. Penggunaan apostrophe s ( ’s ) 2. Penggunaan apostrophe ( ‘ ) sahaja. Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ’s ) bila pula anda patut guna apostrophe ( ‘ ) sahaja?. Ada empat peraturan yang perlu anda ingat iaitu:- 1. Untuk singular nouns yang tidak mempunyai bunyi ‘hiss’ (seperti actress, conscience) dihujungnya- tambahkan (’s) kepada nouns itu seperti Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali. 2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ (seperti actress, conscience) dihujungnya- tambahkan apostrophe (’) sahaja kepada nouns itu seperti Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya 3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ - Oleh kerana plural nouns sudah secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja kepada nouns itu seperti the students’ car, the teachers’ building book, the dogs’ owner dan sebagainya 4. Untuk plural nouns yang mempunyai itdak mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural- Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda perlu tambahkan apostrophe s ( ’s ) sahaja kepada nouns itu seperti the children’s books, the women’s children dan sebagainya Diharap anda boleh memahami penerangan ringkas tentang nouns dalam topik ini. Layari lama wbe saya di http://knowledgecentre.wordpress.com untuk artikel2 BI dan kewangan percuma. |
|
|
|
Jan 12 2008, 12:52 AM
Kiriman
#2
|
|
|
Ahli ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 259 Penyertaan: 7-September 07 Dari: Tenom, Sabah Ahli ke- 35,406 |
Good job cikgu esp people like me. Continue your effort.
-------------------- :: Tolong menolong amalan yang mulia.... ::
|
|
|
|
Jan 14 2008, 10:07 PM
Kiriman
#3
|
|
|
Ahli ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 316 Penyertaan: 10-July 06 Dari: Kuala Lumpur Ahli ke- 18,192 |
thanks...
-------------------- aku bukan pengiklan en google tapi pengiklan Putera.com
www.PokokDuit.com/?benih=1630 www.pintuduit.com/?kunci=300 |
|
|
|
Jan 14 2008, 10:16 PM
Kiriman
#4
|
|
|
Ahli Amat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 6,109 Penyertaan: 14-January 05 Dari: Dungun Terengganu Ahli ke- 5,257 |
Could you continue your interesting lesson please.
I've read your post and waiting for the next lesson. (please correct me) -------------------- Link To Shortcut:
http://www.putera.com/tanya/t48148.html YM - melkin.bond |
|
|
|
Feb 5 2008, 10:40 AM
Kiriman
#5
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 2,022 Penyertaan: 7-August 07 Dari: Ngada' Laptop... Ahli ke- 33,852 |
Could you continue your interesting lesson please. I've read your post and waiting for the next lesson. (please correct me) yes.. -------------------- P/S: Username 'mfaiz' x boleh hantar PM, 'mfaiz II' boleh hantar PM. Harap maklum.| http://faiz.site88.net/ <My website | http://www.putera.com/tanya/t54427.html <Eset Ori
|
|
|
|
Feb 6 2008, 08:26 PM
Kiriman
#6
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Penggunaan Pronouns Untuk Menggantikan Nouns Dalam pelajaran kita sebelum ini, kita telah mempelajari tentang Nouns dan fungsinya dalam penulisan dan perbualan Bahasa Inggeris. Dalam topik ini pula, kita akan mempelajari tentang pronouns pula yang berkait rapat dengan Nouns. Dalam Nouns kita mengetahui yang fungsi utamanya ialah untuk menamakan:- 1. People 2. Place 3. Things 4. Animals 5. Abstract Antara contoh-contoh nouns ialah Ali, Aminah, student, Kuala Lumpur, house, car, King Kong dan sebagainya. Bagaimanapun biasanya dalam sesuatu ayat kita, kita tidak berterusan menggunakan nouns untuk menceritakan sesuatu sebaliknya menggantikannya dengan pronouns.Lihat contoh ayat dibawah :- 1. Puan Aminah is my teacher. She is a kind teacher. She lives in Puchong Utama. Dalam ayat di atas, Puan Aminah ialah nouns yang akan disebutkan di permulaan ayat. Bagaimanapun perhatikan yang dalam atay-ayat berikutnya Puan Aminah digantikan dengan She. She dalam ayat inilah satu pronouns dan fungsinya menggantikan Puan Aminah. Anda perhatikan juga adalah tidak praktikal untuk berterusan menggunakan Puan Aminah dalam ayat seperti berikut: 2. Puan Aminah is my teacher. Puan Aminah is a kind teacher. Puan Aminah lives in Puchong Utama. Dalam ayat 2. penggunaan Puan Aminah sebenarnya boleh digantikan dengan ‘She’ seperti dalam ayat 1. dan anda dapat menjimatkan penggunaan perkataan dengan menggunakan “she’’ dan bukan “Puan Aminah” Pronouns ‘she’ seperti yang digunakan di atas ialah Subject Pronouns atau “Pelakon Utama” dalam ayat ini kerana “she” merujuk kepada orang yang melakukan sesuatu perbuatan itu. Lain-lain Subject Pronouns ialah :- Subject pronoun I you she he it we they Subject pronouns biasanya terletak di bahagian awal sesuatu ayat itu dan merekalah yang membuat sesuatu perbuatan itu. Satu lagi jenis pronouns ialah Object Pronouns atau “Pelakon Tambahan” dalam sesuatu ayat itu. Object pronouns biasanya terletak di bahagian belakang sesuatu ayat itu dan merekalah yang menerima sesuatu perbuatan yang di lakukan oleh Object Pronouns. Object pronoun me you her him it us them 3. I met Aishah yesterday. I gave her my book. Dalam ayat di atas, I ialah subject pronouns kerana I lah yang melakukan perbuatan itu. her dalam ayat kedua itu pula ialah pronoun yang digunakan untuk menggantikan noun Aishah dalam ayat pertama itu. Oleh kerana her itu merupakan orang yang menerime perbuatan itu (gave) maka ianya adalah Object Pronoun. Adalah salah untuk anda menggunakan Subject Pronoun dalam ayat kedua itu seperti berikut:- 4 I met Aishah yesterday. I gave she my book. Perhatikan yang dalam ayat 4. she digunakan dan ini adalah penggunaan pronoun yang tidak tepat oleh kerana she ialah subject pronoun dan tidak boleh digunakan dalam ayat di atas ini. Oleh itu anda perlu ingat apa itu fungsi Pronouns dan perlu berhati-hati menggunakan Object Pronoun dan Subject Pronoun. **Sila layari laman web saya di www.knowledgecentre.wordpress.com untuk tips dan artikel percuma tentang bahasa Inggeris. Kursus Fundamentals of English Grammar saya di Saujana Puchong akan bermula 2hb March ini!! |
|
|
|
Feb 9 2008, 04:52 AM
Kiriman
#7
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 1,071 Penyertaan: 3-September 06 Dari: Bangi Ahli ke- 19,597 |
Good job...
May Allah bless you.. Could you please don't stop this lesson because it very nice one.. -------------------- " What u Give u Get Back "
E-mel: xvolution@putera.com |
|
|
|
Feb 10 2008, 09:57 PM
Kiriman
#8
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Good job... May Allah bless you.. Could you please don't stop this lesson because it very nice one.. Geekspro, Thank you for your prayer. InsyaAllah I will..Should I forget do remind me at cikgutuition@yahoo.com or you all can also visit my website at http://knowledgecentre.wordpress.com/ |
|
|
|
Feb 11 2008, 01:44 AM
Kiriman
#9
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 1,071 Penyertaan: 3-September 06 Dari: Bangi Ahli ke- 19,597 |
ok...i will remind you when you forget..
-------------------- " What u Give u Get Back "
E-mel: xvolution@putera.com |
|
|
|
Feb 12 2008, 04:32 PM
Kiriman
#10
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Get promoted easily! Help your children in their English! Simple and easy to understand! Guaranteed! Cost effective! Weekend classes! Online support through e-mail! Complete notes in BM n BI! Free one revision class worth RM60! 10% discount for registration of 2 and more students! Weekend classes! Limited places available - Only 4 places left! Join the Fundamentals of English KnowledgeCentre starting this 2nd March! Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelumini :- 1. Cukup puas hatiii..Saya dapat gambaran jelas sangat.. Masa saya tanya soalan yang saya tak faham, En. Yusoff beri penjelasan yg begitu baik.. Huda – Kuala Lumpur 2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends , we appreciate your dedication and commitment. Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur 3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar. Rina – Philips, Nilai. Butir-butir lanjut Yuran Pendaftaran - RM50 (utk confirm tempat!) Tempoh masa kelas – 3 bulan Lokasi kelas - Saujana Puchong (berdekatan Puchong Perdana) Kekerapan kelas – Dua kali sebulan dan setiap kelas 3 jam Kelas –Selesa dan berhawa dingin Waktu kelas – Pagi Sabtu Yuran-Yuran Sepatutnya RM600 untuk 3 bulan ANDA CUMA BAYAR RM360 untuk keseluruhan kelas! Boleh bayar dua kali! Cara pengajaran – Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email. Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melaui email. Latihan2 esei percuma yang akan disemak oleh saya melalui email. Credentials Pengajar 1. Trainer English selama 7 tahun 2. Penulis 4 buah buku :- 1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 - Perbualan telefon 3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris 4. Perbualan Mudah Bahasa Inggeris 3. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya – Nov 07 – February 08 4. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk SCA Packaging Malaysia, Beranang, Selangor – Ogos 2007 5. Trainer kursus Basic English Conversation untuk staff FAMA pada 10-12 July di Kalumpang Resort and Training Centre dan di Amansari Beach Resort, Kuantan pada 3-6 September 2007 6. Trainer untuk staff Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Terengganu di Hotel Dynasty pada 23-25 Mei dalam kursus “Practising Proper English at the workplace” 5. Trainer di School of Banking, Affin Bank (1996-2000) 6. Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000 Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis, Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad! Hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com atau sms /call di 019-3090711 |
|
|
|
Feb 12 2008, 04:47 PM
Kiriman
#11
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Test your Simple Present and Present Progressive Tenses!
1. Joyah (work) _____________ at MOH Sdn. Bhd, but as today is Sunday, she (work) __________ at the McDonald near her house. 2. Ali usually (play) _____________ tennis at the Putrajaya Club but right now he (play) _________ tennis at the Metro Club. 3. (it,snow) _____________ in Malaysia? (it,snow) _____________ in Anchorage, Alaska currently. 4. The bus to Ipoh (leave) __________ at 2 p.m. today but the train to Ipoh (leave) ___________ at this very moment. 5. The boy (not,like) _____________ to eat chocolate cake. 6. Ah Chong (speak) __________ in bahasa Melayu with his Chinese friends at the moment even though he (speak) ________ Mandarin. 7. Don’t make too much noise as my father (sleep) __________. He usually (sleep) _________ around this time before he goes to work. 8. Where (Ali,live) ___________ right now? I (stay) _________ in Puchong right now. Answers 1. Joyah works / is working at MOH Sdn. Bhd, but as today is Sunday, she is working at the McDonald near her house. Untuk jawapan pertama, gunakan Simple Present kerana ini adalah fakta atau kenyataan tentang pekerjaan semasa seseorang Untuk jawapan pertama, ada dua jawapan iaitu:- 1. works – penggunaan Simple present untuk fakta tentang di mana Joyah bekerja. 2. is working– – penggunaan Present progressive untuk perbuatan yang sedang Joyah lakukan dalam jangkamasa yang panjang. Untuk jawapan kedua, gunakan Present Progressive kerana pengunaan ‘today’ menujukkan yang Joyah sedang bekerja di MCD pada harini 2. Ali usually plays tennis at the Putrajaya Club but right now he is playing tennis at the Metro Club. Untuk jawapan pertama, ‘usually’ ialah Frequency Adverbs’ dan ianya menunjukkan kekerapan. Lain2 cth frequency adverbs ialah seperti always, sometimes, never, seldom dan sebagainya. Bila anda menggunakan frequency adverbs anda perlu menggunakan kala Present Tenses. Oleh kerana Ali ialah singular nouns maka anda perlu tambah –s kepada verb play itu. Untuk jawapan kedua, ‘right now’ menunjukkan sekarang dan ini bermakna pada masa ayat itu dibuat, Ali sedang bermain tenis di Metro Club. Untuk perbuatan yang sedang dibuat anda perlu menggunakan verb yang ada penambahan –ing dan anda juga perlu menggunakan Verb to BE untuk Present Tenses samaada IS atau ARE. Oleh kerana Ali ialah singular nouns maka anda perlu gunakan is. 3. Does it snow in Malaysia? It is snowing in Anchorage, Alaska currently. Untuk jawapan pertama, ianya adalah soalan yang bertanyakan fakta tentang cuaca di Malaysia. Dan oleh itu anda perlu gunakan Simple Present. It ialah singular nouns dan oleh itu soalan untuk Simple Present ialah dalam bentuk :- Does + Subject + Verb in Simple Form atau Verb Kata Dasar. Untuk jawapan kedua, pengunaan ‘currently’ menunjukkan yang perbuatan/situasi itu sedang berlaku dan oleh itu anda perlu gunakan kala Present Progressive untuk Singular Pronouns it dengan penggunaan Verb TO BE ‘is’ dan verb dalam bentuk –ing. Dalam ayat berbentuk soalan dalam kala Simple Present, oleh kerana anda sudah menggunakan –es dalam does, anda tidak perlu lagi menambah –s, –es atau –ies kepada Verb. 4. The bus to Ipoh leaves at 2 p.m. today but the train to Ipoh is leaving at this very moment. Untuk jawapan pertama, Kala Simple Present juga boleh digunakan untuk perbuatan yang telah dijadualkan dan oleh kerana ‘bus’ ialah singular nouns maka anda perlu menambah –s kepada verb leave. Untuk jawapan kedua, pengunaan ‘at this very moment’ sama maknanya dengan ‘now’ dan oleh itu ianya menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku dan oleh itu anda kena gunakan Present progressive untuk Singular nouns. The boy does not like to eat chocolate cake. Ini adalah satu kenyataan tentang makanan yang bukan kesukaan budak itu. Oleh itu anda perlu gunakan ayat nafi dalam bentuk Simple Present dalam bentuk :- Singular Nouns + Verb to DO + Verb in Simple Form (Kata Dasar) ** Verb TO DO untuk Singular Nouns dan Uncountable nouns ialah does. 5. Abu (speak) __________ in bahasa Melayu with his Chinese friends at the moment even though he (speak) ________ Mandarin. Untuk jawapan pertama, pengunaan ‘at the moment’ sama maknanya dengan ‘now’ dan oleh itu ianya menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku dan oleh itu anda kena gunakan Present Progressive untuk Singular nouns dalam bentuk Singular Nouns + Verb To BE ‘is’ + Verb-ing. Untuk jawapan kedua pula ialah untuk menunjukkan yang Abu sebenarnya berkeupayaan berbahasa Mandarin dan oleh itu ianya adalah satu kenyataan fakta dan oleh itu anda perlu menggunakan Simple Present dalam bentuk:- Singular Nouns + Verb in Simple Form (Kata Dasar) + –s 6. Shhh! Don’t make too much noise as my father is sleeping He usually sleeps around this time before he goes to work. Untuk jawapan pertama,ianya adalah untuk menunjukkan perbuatan yang sedang dilakukan oleh ayah si penutur (speaker) dan oleh itu anda perlu gunakan Kala Present Progressive dalam bentuk:- Singular Nouns + Verb TO BE + Verb in Simple Form (Kata Dasar) + –ing Untuk jawapan kedua, ‘usually’ ialah Frequency Adverbs’ dan ianya menunjukkan kekerapan.. Bila anda menggunakan Frequency adverbs anda perlu menggunakan kala Present Tenses dalam bentuk:- Singular Nouns + Frequency Adverbs + Verb in Simple Form + –s 7. Where does Ali stay / is Ali staying right now? I stay / am staying in Puchong at the moment. Untuk jawapan pertama, ada dua jawapan iaitu:- 1. does Ali stay – penggunaan Simple present untuk fakta tentang Ali. 2. is Ali staying – – penggunaan Present progressive untuk perbuatan yang sedang Ali lakukan dalam jangkamasa yang panjang. Untuk jawapan kedua, juga ada dua jawapan iaitu:- 1. I stay – penggunaan Simple present untuk fakta tentang di mana penutur tinggal. 2. I am staying – penggunaan Present progressive untuk perbuatan yang sedang dilakukan oleh penutur dalam jangkamasa yang panjang. |
|
|
|
Mar 20 2008, 04:05 PM
Kiriman
#12
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 1,071 Penyertaan: 3-September 06 Dari: Bangi Ahli ke- 19,597 |
Where are you cikgutuition??
-------------------- " What u Give u Get Back "
E-mel: xvolution@putera.com |
|
|
|
Mar 24 2008, 05:46 PM
Kiriman
#13
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Nouns are also used to name places and here are some examples of nouns that are used to name places.
Nouns of places Definition 1. abattoir - A place where cattle, sheep, etc are slaughtered. 2. airfield - A large field for aeroplanes. 3. airport - A place where airliners take off or leave passengers. 4. aquarium - A place where fishes and water plants are kept for public view. 5. auditorium - Building in which an audience sits. 6. bank - A public place where money is kept. 7. boutique - Small shop selling hats, women's clothes, cosmetics etc. 8. cabin - A room on a ship. 9. cemetery - A place for burying the dead. 10. clinic - A doctor's place of business. 11. creamery - Place where milk, cream, butter, etc are sold; butter factory. 12. crematorium - Place, building for the burning of corpses. 13. dispensary - A place where medicine is prepared. 14. emporium - A shop selling a large variety of goods. 15. factory - A place where goods are manufactured. 16. farm - A piece of land for growing crops, vegetables and fruits, or for raising animals. 17. garage - A place where cars are kept or repaired. 18. garden - A place for growing vegetables, flowers and fruits 19 harbour - A place of shelter for ships. Kiriman ini telah diubahsuai oleh cikgutuition: Mar 24 2008, 06:06 PM |
|
|
|
Jun 13 2008, 11:29 PM
Kiriman
#14
|
|
|
Ahli Baru Grup: Learning Kiriman: 8 Penyertaan: 9-May 08 Dari: Kelantan Ahli ke- 47,281 |
Nice work cikgutuition,i believe many will benefit from your lecture in here.
I myself is an avid reader of your lecture in here.I have to say that grammar is not really my best partition in english...following your lecture is a fun,easy thing to do. I hope you will have time to visit my blog,to tell me any grammar mistake that i have made. www.n2nothing.blogspot.com My worst part is tenses.Believe me,i need to work more on my tenses. |
|
|
|
Jun 20 2008, 12:37 PM
Kiriman
#15
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 746 Penyertaan: 19-January 07 Dari: kl, selangor, melaka... di sini segala bermula.... Ahli ke- 23,042 |
QUOTE My worst part is tenses.Believe me,i need to work more on my tenses. Huhu... same here.... During presentation for tech comm, or a mock meeting evaluation, or interview evaluation... my teacher said, great accent, nice word... but u have problems with your grammar... ergh... hate it... grammar ain't the most beautiful things in da world... I always faced a problem wif tenses... esp past tense etc... Luckily, we had a auto correct in ms words... -------------------- [center]..............................
woman rule the world by proxy ..............................[/center] |
|
|
|
Jun 25 2008, 08:50 PM
Kiriman
#16
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Learning Kiriman: 21 Penyertaan: 11-January 08 Ahli ke- 40,944 |
Ni Syllabus Kelas English Online yang saya dah start baru2 ini. Boleh belajar di mana-mana sahaja tanpa perlu datang kelas.Explanation is in BM n BI so it is very easy to understand. Verb tenses are also covered extensively. Those interested please contact me at cikgutuition@yahoo.com or 019-3090711. Class would run for 5 months.
Syllabus Kelas 1. Pengenalan 2. Petua-petua asas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Kepentingan sikap yang positif Rahsia menjadi mahir dalam masa yang singkat Apa yang perlu dielakkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris ? 3. Penggunaan efektif dictionary, thesaurus, grammar books dan idiom dictionary Jenis kamus yang ada dalam pasaran Apa jenis kamus yang terbaik untuk saya? Apa yang ada dalam kamus dan bagaimana nak menggunakannya denga efektif. Penggunaan thesaurus untuk meningkatkan vocabulary dengan cepat Kepentingan Gramar Book dalam pembelajaran bahasa Inggeris Idiom dictionary untuk mempelajari ‘figurative speech’ atau bahasa tersirat dalam bahasa Inggeris. 4. Penggunaan Noun dalam bahasa Inggeris. Fungsi penggunaan nouns Count in nouns – Countable dan uncountable nouns Bagaimana nak guna Plural dan Singular Nouns? Cara mengeja Plural Nouns dengan betul Macam mana nak guna Possessive Nouns untuk menunjukkan pemilikan Collective nouns untuk bilangan nouns yang banyak 5. Fungsi dan penggunaan pronouns yang betul Macam mana nak guna pronouns dengan tepat Apa itu singular pronouns dan plural pronouns? Apa itu Subject pronoun dan fungsinya dalam ayat? Apa itu Object pronoun dan kaitannya dengan Subject Pronoun? Possessive pronoun untuk menunjukkan pemilikan Cara yang betul untuk menggunakan Reflexive pronouns 6. Adjectives Apa itu adjectives? Ciri-ciri adjectives Apa itu Adjectives of quality dan bagaimana nak gunanya.? Apa itu Adjectives of quantity dan bagaimana nak gunanya.? Possessive adjectives untuk menunjukkan pemilikan dan perbezaanya dengan possessive pronouns. 7. Adverb Fungsi adverb dalam menerangkan verb, adjectives dan adverb Kedudukan adverb dalam sesuatu ayat Ciri-ciri formal sesuatu adverb Flat adverb dan bagaimana nak membezakannya dengan adjectives Penggunaan adverb untuk menunjukkan gred Adverb sebagai penunjuk perbandingan Comparative dan Superlative Penggunaan adverb dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris 8. Verb Fungsi verb dalam bahasa Inggeris Jenis-jenis verb yang ada Verb intransitive dan transitive Ayat verb pasif dan aktif Penggunaan continuous verb, continuous verb dan mixed verbs 9. Verb TO BE Apa itu Verb to be? Konsep present tense, past tense dan future tense dalam Verb TO BE 10. Verb TO HAVE Fungsi dan penggunaan ‘verb to have’ Apa itu verb to have dan fungsinya dalam sesuatu ayat 11. Preposition Apa itu preposition? Pengunaan preposition untuk menunjukkan direction, position, time ‘By someone’ and ‘by something’ preposition Bagaimana preposition boleh digunakan untuk menunjukkan ‘with someone’ dan ‘with something’ 12. Articles Apa itu article dan kepentingannya dalam pembentukan ayat Menggunakan ‘the’ dengan betul Bila pula article tidak diperlukan? Penggunaan ‘a’ dalam ayat. Penggunaan ‘an’ dalam ayat dan apa perbezaanya dengan penggunaan ‘an’? 13. Conjunction Fungsi conjunction dalam penyambungan ayat Penggunaan ‘a’, ‘an, ‘the’ dan ‘zero article’ Peraturan yang perlu diingat apabila menggunakan conjunction 14. Verb Tenses Apa itu Verb Tenses dan apakah verb tenses yang ada dalam bahasa Inggeris Konsep Gambajarah Masa dalam Verb Tenses Apa itu Simple Present dan bila perlu menggunakannya dan cara gunakannya Penggunaan Present progressive dan perbezaannya dengan Simple Present Apa itu Present Perfect dan bila perlu menggunakannya dan cara gunakannya Penggunaan Present Perfect Progressive Penggunaan Simple Past untuk perbuatan yang sudah berlaku dan tamat Simple Past Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas Past Perfect untuk perbuatan yang tamat sebelum perbuatan lain di masa lepas Penggunaan Past Perfect Progressive Penggunaan Simple Future untuk perbuatan yang akan berlaku Future Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa hadapan Apa itu Future Perfect dan bila perlu menggunakannya dan cara gunakannya Penggunaan Future Perfect Progressive 15. Perbualan bahasa Inggeris Perbualan bahasa Inggeris yang efektif Etiket dalam perbualan Kaedah Permulaan Perbualan Apa itu perbualan kosong dan cara memulakannya Contoh-contoh perbualan berkesan |
|
|
|
![]() ![]() |
|
Lo-Fi Version | Time is now: 5th July 2008 - 04:51 AM |




Jan 11 2008, 10:55 AM



