Laman Utama Tanya Wiki English Artikel Komuniti E-Mel Ringtones Search

Bantuan | Carian | Ahli | Kalendar

Google

Selamat Datang ( Log In | Daftar )

5 Pages V   1 2 3 > »   
Reply to this topicStart new topic
Alam Jin, Ada statement aku kurang pastu jom discuss
Navigator®
post May 4 2008, 02:54 PM
Kiriman #1


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Moderator
Kiriman: 3,627
Penyertaan: 17-June 04
Dari: My Eyes {. /.}
Ahli ke- 918



QUOTE
Ada org cakap Sebaik - baik Jin ialah sejahat-jahat manusia and sejahat-jahat Jin ialah sejahat-jahat syaitan


hurm aku ada dengar org cakap macam nih
tapi aku rase la kan Jin nih sama ja ngan manusia , kalau ada baik tu baik la , kalau ada jahat tu jahat la smile.gif


--------------------
�'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
TJ-Ariff
post May 4 2008, 03:03 PM
Kiriman #2


Ahli Rajin
****

Grup: Moderator
Kiriman: 793
Penyertaan: 7-March 05
Dari: Dê Röyal Cîty Öf Silvër
Ahli ke- 6,675



Ape hal ko berminat sangat nak bersembang pasal jin nie.? unsure.gif
Ko nak bersahabat dengan dia kah ? blink.gif


--------------------
When GOD Opened the window of mercy, HE asked me; What is your wish for to day?, I said; ALLAH, Please take care of that person who is reading this message. `Illahi Anta Maqsudi WaRedho Kamatlubi`
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Navigator®
post May 4 2008, 04:05 PM
Kiriman #3


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Moderator
Kiriman: 3,627
Penyertaan: 17-June 04
Dari: My Eyes {. /.}
Ahli ke- 918



saje discuss hehe
tak salah kalau nak tahu kan? sebagai ilmu di dada smile.gif


--------------------
�'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Divine Divinitys...
post May 4 2008, 04:41 PM
Kiriman #4


Ahli Rajin
*****

Grup: Members
Kiriman: 1,227
Penyertaan: 12-August 04
Dari: Dari Allah..kembali kepada Allah
Ahli ke- 1,769



Salam sedikit info tentang Jin

QUOTE
Makna Jin.

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.Menurut etimologis (bahasa), Jinn ialah apa jua yg tersembunyi. Contoh:
i) Janin = bayi yg tersembunyi dalam perut wanita hamil
ii) Jannah (taman) = bumi yg ditutupi flora dan fauna
iii) Jinnah = bodoh kerana ia menyembunyikan akal

Menurut Imam Ridha, orang Arab memahami Jinn apa jua yg tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau habitatnya memang tersembunyi. Bakteria, virus, kalajengking, ular, juga termasuk jinn.Jinn dari maksud terminologi/syara' ialah makhluk yg berakal, mukallaf, beranak-pinak, berqabilah (berpuak-puak), diciptakan sebelum manusia dari api.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :
Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )
3. Surah Al-'Araf ayat 12 :
Yang bermaksud : " e***** ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a
Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).

Asal Kejadian Jin.
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.


Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin.

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Sesetengah pendapat mengenai bunian ini tidaklah bersandarkan kepada kesahihan mana-mana hadith,atsar sahabat dan ulamak terdahulu.Cuma kajian dan pendapat dari pengkaji dari nusantara sahaja.Pembaca berhak untuk menolaknya.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

Agama puak-puak Jin.

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Rupa Bentuk Jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.


menarik kan?Wallahua'lam


--------------------
jangan jadikan signature tempat mintak sedekah. mintak point askar la apa la. <- ni pemantau bernama azuan yang edit.

www.izat.blogspot.com

www.iluvislam.com <---Soal jawab agama..InsyaAllah
Go to the top of the page
 
+Quote Post
khorback
post May 4 2008, 05:38 PM
Kiriman #5


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 490
Penyertaan: 23-November 07
Ahli ke- 38,794



QUOTE(TJ-Ariff @ May 4 2008, 03:03 PM) *
Ape hal ko berminat sangat nak bersembang pasal jin nie.? unsure.gif
Ko nak bersahabat dengan dia kah ? blink.gif

manusia tak leh bersahabat ngan jin
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Navigator®
post May 4 2008, 05:59 PM
Kiriman #6


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Moderator
Kiriman: 3,627
Penyertaan: 17-June 04
Dari: My Eyes {. /.}
Ahli ke- 918



ya mmg tak boleh ,
kalau jin lekat kat kita sepanjang hidup jadi senang
TAPI , nak mati tuh mmg sarat la . wacko.gif wacko.gif

Kiriman ini telah diubahsuai oleh Navigator®: May 4 2008, 06:00 PM


--------------------
�'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
gamekiller
post May 4 2008, 06:38 PM
Kiriman #7


Ahli Rajin
****

Grup: Members
Kiriman: 512
Penyertaan: 11-October 05
Ahli ke- 11,199



errr. divine... mane dapat sumber tu? hehehe..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aRE-nGAh
post May 4 2008, 06:49 PM
Kiriman #8


Ahli
*

Grup: Members
Kiriman: 36
Penyertaan: 18-March 08
Dari: kajang
Ahli ke- 44,615



QUOTE(Navigator® @ May 4 2008, 05:59 PM) *
ya mmg tak boleh ,
kalau jin lekat kat kita sepanjang hidup jadi senang
TAPI , nak mati tuh mmg sarat la . wacko.gif wacko.gif



dry.gif


--------------------
aku hanya manusia biasa,keluarga biasa,tapi aku mampu merubahnya
Go to the top of the page
 
+Quote Post
perang_merah
post May 4 2008, 07:42 PM
Kiriman #9


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 198
Penyertaan: 23-March 07
Dari: Tepi jalan chowKit
Ahli ke- 26,914



jin?
aku selalu gak nampak bila g kdai area rmh aku..
aku xksh pun..
kdg2 byk..kdg2 ckit..
siap tergantung lagi..
tp dah biasa kan..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aRE-nGAh
post May 4 2008, 08:48 PM
Kiriman #10


Ahli
*

Grup: Members
Kiriman: 36
Penyertaan: 18-March 08
Dari: kajang
Ahli ke- 44,615



QUOTE(perang_merah @ May 4 2008, 07:42 PM) *
jin?
aku selalu gak nampak bila g kdai area rmh aku..
aku xksh pun..
kdg2 byk..kdg2 ckit..
siap tergantung lagi..
tp dah biasa kan..



nsb bek aku bkn dlm glongn org yg ble nmpk2 ni.
klu tak.........
aish.... sad.gif
tapi lps aku berborak ngn budak yg name die terpakse dirahsiakn,
aku rse kdg2 semacam plak,
ade ke ptt jin tu menyamar jadi aku,
aishhhhhhhhh
seram2..!!!

Kiriman ini telah diubahsuai oleh aRE-nGAh: May 4 2008, 08:50 PM


--------------------
aku hanya manusia biasa,keluarga biasa,tapi aku mampu merubahnya
Go to the top of the page
 
+Quote Post
khorback
post May 4 2008, 09:54 PM
Kiriman #11


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 490
Penyertaan: 23-November 07
Ahli ke- 38,794



QUOTE(perang_merah @ May 4 2008, 07:42 PM) *
jin?
aku selalu gak nampak bila g kdai area rmh aku..
aku xksh pun..
kdg2 byk..kdg2 ckit..
siap tergantung lagi..
tp dah biasa kan..

haah!!! apo ko bondo nie excl.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
zer0Nehza
post May 4 2008, 10:07 PM
Kiriman #12


Ahli Amat Rajin
*******

Grup: Members
Kiriman: 6,364
Penyertaan: 12-April 04
Dari: .:: The Peace of The Royal Crown Esplanade ::.
Ahli ke- 78



QUOTE (Navigator® @ May 4 2008, 02:54 PM) *
hurm aku ada dengar org cakap macam nih
tapi aku rase la kan Jin nih sama ja ngan manusia , kalau ada baik tu baik la , kalau ada jahat tu jahat la smile.gif

apa statement yang ko kurang pasti tu?

baik == jin islam
tak baik == jin kafir..

jin pon mahkluk cipataanNya.. termasuk dalam benda2 ghaib...

QUOTE (khorback @ May 4 2008, 09:54 PM) *
haah!!! apo ko bondo nie excl.gif

klo tergantung tu pasal seluar jeans la tu..
susah nk cakap.. orang2 yang salu kuar dari topik ni blush.gif


--------------------
.:: X2 5000+ Black Edition™ @ 3200 Mhz
|MSi K9A2 Platinum 790FX
|4GB kit Crucial BallistiX™ Tracer
Sapphire® HD3870XT+mod bios+ XtremeG Cat 8.3 modded [870/1300]::.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
perang_merah
post May 4 2008, 11:31 PM
Kiriman #13


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 198
Penyertaan: 23-March 07
Dari: Tepi jalan chowKit
Ahli ke- 26,914



bukan kuar dr topik bro..
nie benda btul..
tp jin xleh menunjukkan rupa kerana anak-anak Adam tidak ampu melihat jin/syaitan dgn keseluruhan tubuhnya..
aku bg info skit..
utk korg..

Bolehkah Manusia Melihat JIN?

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”


JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.


QUOTE(aRE-nGAh @ May 4 2008, 08:48 PM) *
nsb bek aku bkn dlm glongn org yg ble nmpk2 ni.
klu tak.........
aish.... sad.gif
tapi lps aku berborak ngn budak yg name die terpakse dirahsiakn,
aku rse kdg2 semacam plak,
ade ke ptt jin tu menyamar jadi aku,
aishhhhhhhhh
seram2..!!!


Sedikit info untuk korang semua..
Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
khorback
post May 4 2008, 11:54 PM
Kiriman #14


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 490
Penyertaan: 23-November 07
Ahli ke- 38,794



jin makan dia asalnya, asap, jadi yang merokok tuh kira ikut pesenlah! Menjak sekian lama makan asap, dah boring, jumpa Nabi s.a.w, mintak tukar menu, maka makan tulang.... Gelatin!!!! itu pasal la jin ni elastik. cam plastik man! kalu dia nak panjangkan dia punya tangan any time saja... per2 la... ikut dia nak.... Allah s.w.t ada sedia khas sejenis kenderaan untuk jin bergerak. punya laju, semasa Nabi Muhammad s.a.w naik borak, jin masih mampu lagi ikut kat belakang.

satu lagi, Jin sebenarnya tidak tahu bahwa manusia tidak boleh melihat dia!!!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aryana6871
post May 5 2008, 12:08 AM
Kiriman #15


Ahli
**

Grup: Members
Kiriman: 61
Penyertaan: 24-April 08
Dari: putrajaya
Ahli ke- 46,494



http%3a//fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat2/nasihat2.html


--------------------
test test test.....
ok line clear!!!!!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Sir Pyan
post May 5 2008, 12:53 AM
Kiriman #16


Ahli Rajin
****

Grup: Members
Kiriman: 857
Penyertaan: 25-April 04
Dari: S'ban, N9
Ahli ke- 320



Seperti umum yang kita tau, jin adalah antara apa yang digolongkan dalam kategori alam ghaib. Jin pun makhluk ciptaan Allah SWT jugak, sama seperti manusia, malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan apa lagi yang tak terlihat dan tak diketahui oleh kita. Kalau kita nak kaitkan dengan apa yang masyarakat kita gelar 'hantu', sebenarnya mungkin juga ada perkaitan.

Aku suka ayat Dr. Fazilah Kamsah dalam satu rancangan tu, "Dalam Al-Quran ada sebut syaitan dan jin, tapi takde sebut hantu." biggrin.gif


--------------------
Seremban In Virtual
http://www.serembanmaya.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
I am The Angel O...
post May 5 2008, 02:51 AM
Kiriman #17


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Members
Kiriman: 4,273
Penyertaan: 21-June 05
Dari: Underworld..just want to claim the soul!!
Ahli ke- 8,587



eeee cerita besh....aku nak join

kalau kat masjid selalu aku dengar pada ketika subuh ada seorang manusia bepakaian putih selalu datang mcam nak solat jemaah......kekadang kalau kita tido didalam dia akan kejut kita jemaah ngan dia sekali......tapi bila habis sembahyang toleh2 hilang.....

adakah jin juga memiliki akal dan tahu mencipta macam manusia?......

adakah jin juga gemar berbunuh-bunuhan seperti manusia kerana berebutkan emas atau harta atau perempuan?


perempuan yg tgh haid atau berjunub senang kena rasuk ngan jin kan?..........


kalau jin boleh menyerupai manusia adakaah dia boleh berfikir? kerana manusia memiliki akal.....dan mampu mencipta sesuatu.....

jin yg kuat ialah jin ifrit?


ada satu ketika aku mendengar cerita

nabi sulaiman a.s telah membuang cincin beliau kedalam laut.....tapi telah dicuri oleh jin dan jin menyerupai nabi sulaiman a.s...sampai satu ketika jin tersebut telah menduduki sigaahsana nabi sulaiman a.s ..............sesapa tau citer seterusnya sila sambung.......aku dah x ingat snagat la....


P:S dah banyak citer para nabi dan rasul aku dah mula lupa....yg ada dalam kepala aku sekarang hiburan dan duit....... sad.gif


--------------------
I'm the Angel of Death. I knew your sister, your mother, of course, and your grandmother......I don't kill. I merely claim the souls of those who've already died.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
I am The Angel O...
post May 5 2008, 03:32 AM
Kiriman #18


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Members
Kiriman: 4,273
Penyertaan: 21-June 05
Dari: Underworld..just want to claim the soul!!
Ahli ke- 8,587



ada riwayat mengatakan

kalau nak jumpa jin baca ayat kursi selama 40 hari tapi jangan baca sampai habis....juz baca separuh2.sebelum tido insyalah jin akan datang melawat korang ph34r.gif .........

kekadang ada kes kena tindih ngan aku tuh pastu buat `ehem` kerja jin jugak ke? kalau ada anak nanti macam mana la rupanya......

ada macam citer heores? leh terbang? atau ada fireball like watak dalam Charmed? laugh.gif


--------------------
I'm the Angel of Death. I knew your sister, your mother, of course, and your grandmother......I don't kill. I merely claim the souls of those who've already died.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Navigator®
post May 5 2008, 03:38 AM
Kiriman #19


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Moderator
Kiriman: 3,627
Penyertaan: 17-June 04
Dari: My Eyes {. /.}
Ahli ke- 918



p/s Jin boleh menampakkan dirinye kat kita , tapi mmg kita tak boleh nampak

QUOTE
kalau nak jumpa jin baca ayat kursi selama 40 hari tapi jangan baca sampai habis....juz baca separuh2.sebelum tido insyalah jin akan datang melawat korang ph34r.gif .........


kalau di ikutkan tiap2 hari jin melawat kita hehe .

anak manusia kacukan jin di panggil bunian kalu tak silap la

QUOTE
nabi sulaiman a.s telah membuang cincin beliau kedalam laut.....tapi telah dicuri oleh jin dan jin menyerupai nabi sulaiman a.s...sampai satu ketika jin tersebut telah menduduki sigaahsana nabi sulaiman a.s ..............sesapa tau citer seterusnya sila sambung.......aku dah x ingat snagat la....


berani jin tuh , jin paling takut Nabi Sulaiman , kalau dia ingkar perintah nabi sulaiman dia akan terbakar


walla wallam

Kiriman ini telah diubahsuai oleh Navigator®: May 5 2008, 03:42 AM


--------------------
�'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Sir Pyan
post May 5 2008, 03:42 AM
Kiriman #20


Ahli Rajin
****

Grup: Members
Kiriman: 857
Penyertaan: 25-April 04
Dari: S'ban, N9
Ahli ke- 320



Cerita kena tindih ni memang famous. Sejak zaman aku sekolah asrama dulu, member aku dah berapa ramai kena, lawaknya member katil sebelah kena, aku boleh ingat dia mengigau, besoknya baru dia bagitau. Aku ingat dah abis dah citer tindih bila aku abis sekolah, rupanya lepas aku masuk IPT pastu pun ada jugak. Tu satu, ingat dah abis lagi, skang aku dah keje member seofis aku pun citer dia baru kena kat ofis masa terlelap. Aku pun pelik daaa, Alhamdulillah aku tak pernah kena. Dari apa yang orang pernah kena cerita, ada sesetengah tu pernah ternampak memang ada 'benda' duduk atas badan dia, ada yang samar-samar, ada yang tak nampak apa-apa. Wallahualam.


--------------------
Seremban In Virtual
http://www.serembanmaya.com
Go to the top of the page