![]() ![]() |
Dajjal!, Adakah anda bersedia mendidik keturunan anda berdepan? |
May 17 2008, 11:16 PM
Kiriman
#1
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,881 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. “Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” “Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.” Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.” Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam. http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah016.html#2 source -------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
May 18 2008, 12:14 AM
Kiriman
#2
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 857 Penyertaan: 1-November 07 Dari: Benua Besar Siam Islam Ahli ke- 37,760 |
Aku penah baca,sori tak ingat soure nya..diorang kata Dajjal ni Raja Yahudi,sekarang ni mereka tengok wat persiapan secara senyap2
-------------------- Internet my life..
|
|
|
|
May 18 2008, 01:30 AM
Kiriman
#3
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,881 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
bukan ckp skrg , dari zaman dulu lagi , si Dajjal nih buat persiapan awal , tunggu masanya je dia keluar selama 40(Nabi tak tahu selama 40 hari ke , 40 bulan ke , 40 tahun ke ) . dah selama 40 tu la dia akan kuar dah pergi ke seluruh dunia (kecuali mekkah dah madinah) untuk menyuruh manusia mengaku dia sebagai Tuhan . Subahanallah
-------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
May 18 2008, 01:41 AM
Kiriman
#4
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 857 Penyertaan: 1-November 07 Dari: Benua Besar Siam Islam Ahli ke- 37,760 |
bukan ckp skrg , dari zaman dulu lagi , si Dajjal nih buat persiapan awal , tunggu masanya je dia keluar selama 40(Nabi tak tahu selama 40 hari ke , 40 bulan ke , 40 tahun ke ) . dah selama 40 tu la dia akan kuar dah pergi ke seluruh dunia (kecuali mekkah dah madinah) untuk menyuruh manusia mengaku dia sebagai Tuhan . Subahanallah Itu pun pernah baca dan belajar dizaman sekolah lagi..tapi banyak juga tafsir dan cerita..tapi America dan Israel sedang buat persiapan untuk si Dajjal ni.gerakkan freemanson yang bergerak secara rahsia.kiranya secara rahsia ni diorang tiru Nabi Muhammad,sebab diorang kaji macam mana Rasulullah boleh berjaya.sebab itu mereka ini bergerak secara rahsia. -------------------- Internet my life..
|
|
|
|
May 18 2008, 07:11 AM
Kiriman
#5
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 4,687 Penyertaan: 21-June 05 Ahli ke- 8,587 |
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. korang rasa dajjal tuh makhluk atau apa? aku rasa dia bukan makhluk....x macam ciri2 makhluk......... tapi kan dia nak buat semua tuh pun kena ada izin Allah s.w.t jugak kan? .....tapi x tahulah pulak kalau nak buat syurga+neraka+Gegarkan kota madinah +leh turunkan hujan tuh kuasa SAINS dan Technology(paham x? pakai tech@komputer)?....... berdasarkan ayat tuh .....aku ramalkan semasa kejadian dajjal turun dunia akan sangat canggih......seperti komputer ada AI sendiri dan ada manusia yg boleh memberikan arahan melalui voice sahaja.......tapi macam biasa la yg canggih orang kafir bukan orang islam...... pasal ada teori mengtakan tusnami atau gempa bumi yg kuat2 berlaku kebelkangan nih hasil ujian Nuklear US ngan israel.....so kesanya pada kita......... aku cuma x sure......masa tuh dunia `back to stone age` atau makin maju dan sangat maju (dalam masa yg sama ulama dan orang alim meninggal dunia dan berkurangan ngan banyak sekali).................... ada yg kata segitiga bermuda la .....tempat dajjal..... -------------------- 2005 "Big Brother (大哥) 2005 "Will You Come Tonight? (今夜你不會來) 2006 "Messy Heart (心亂如麻) 2006 "My Love My Fate"
|
|
|
|
May 18 2008, 10:37 AM
Kiriman
#6
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,881 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
korang rasa dajjal tuh makhluk atau apa? aku rasa dia bukan makhluk....x macam ciri2 makhluk......... tapi kan dia nak buat semua tuh pun kena ada izin Allah s.w.t jugak kan? .....tapi x tahulah pulak kalau nak buat syurga+neraka+Gegarkan kota madinah +leh turunkan hujan tuh kuasa SAINS dan Technology(paham x? pakai tech@komputer)?....... berdasarkan ayat tuh .....aku ramalkan semasa kejadian dajjal turun dunia akan sangat canggih......seperti komputer ada AI sendiri dan ada manusia yg boleh memberikan arahan melalui voice sahaja.......tapi macam biasa la yg canggih orang kafir bukan orang islam...... pasal ada teori mengtakan tusnami atau gempa bumi yg kuat2 berlaku kebelkangan nih hasil ujian Nuklear US ngan israel.....so kesanya pada kita......... aku cuma x sure......masa tuh dunia `back to stone age` atau makin maju dan sangat maju (dalam masa yg sama ulama dan orang alim meninggal dunia dan berkurangan ngan banyak sekali).................... ada yg kata segitiga bermuda la .....tempat dajjal..... erm , mmg Allah izinkan sebb dulu Iblis telah meminta kepada Allah supaya membenarkanye menyesatkan anak2 adam di dunia ini. -------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
May 18 2008, 10:55 AM
Kiriman
#7
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 949 Penyertaan: 24-December 07 Dari: kuantan, pahang Ahli ke- 40,010 |
QUOTE ada yg kata segitiga bermuda la .....tempat dajjal..... segitiga bermuda adalah istana Iblis... raja kepada syaitan kat sanalah diorg berhimpun -------------------- [img]http://i178.photobucket.com/albums/w266/elvinrv/YUI2_resize.jpg[/img]
|
|
|
|
May 18 2008, 11:54 AM
Kiriman
#8
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 4,687 Penyertaan: 21-June 05 Ahli ke- 8,587 |
erm , mmg Allah izinkan sebb dulu Iblis telah meminta kepada Allah supaya membenarkanye menyesatkan anak2 adam di dunia ini. termasuk **membawa syurga dan neraka? **menghidupakn orang mati? **seseorang menyerupai mak bapak kita(nih mmg ada syaitan mampu buat) **x mampu masuk ke mekah dan madinah(ye ke iblis xde kat mekah dan madinah)? **menrunkan hujan dan menyuburkan tanaman? aku rasa masa kejadian dajjal tuh mmg dunia dalam keadaan .................x tahu macam mana la nak cakap entah2 Amerika ngan Israel tuh ialah dajjal kot? -------------------- 2005 "Big Brother (大哥) 2005 "Will You Come Tonight? (今夜你不會來) 2006 "Messy Heart (心亂如麻) 2006 "My Love My Fate"
|
|
|
|
May 18 2008, 12:32 PM
Kiriman
#9
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,881 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
termasuk **membawa syurga dan neraka? **menghidupakn orang mati? **seseorang menyerupai mak bapak kita(nih mmg ada syaitan mampu buat) **x mampu masuk ke mekah dan madinah(ye ke iblis xde kat mekah dan madinah)? **menrunkan hujan dan menyuburkan tanaman? aku rasa masa kejadian dajjal tuh mmg dunia dalam keadaan .................x tahu macam mana la nak cakap entah2 Amerika ngan Israel tuh ialah dajjal kot? Amerika ngan Israel itu adalah golongan yg sesat yg nyata, bukannye dajjal . membawa syurga dan neraka? dia cipta syurga dan neraka yg sendiri , dengan membuat syurga = panas , neraka = sejuk menghidupakn orang mati? Tidak boleh sama skali tu bukan kuasanya , tetapi dia boleh untuk menyuruh Syaitan menyerupai org yg telah mati dah mengaburi Mata manusia. seseorang menyerupai mak bapak kita(nih mmg ada syaitan mampu buat) Dengan kuasa Allah boleh , tetapi jgn bimbang selagi kita beriman kepada Allah , Allah tetap melindungi kita , x mampu masuk ke mekah dan madinah(ye ke iblis xde kat mekah dan madinah)? Madinah dan Makkah ialah tempat suci , Di waktu Dajjal keluar tempat tersebut la dia tidak mampu melepasi , kerana di jaga Oleh malaikat . menrunkan hujan dan menyuburkan tanaman? Dengan Izin Allah dia boleh melakukan sedemikian . Dan Allah izinkan untuk menguji umat2 Islam di waktu tersebut untuk melihat siapakah yg mampu beriman pada waktu tersebut -------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
May 18 2008, 01:36 PM
Kiriman
#10
|
|
|
Ahli ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 367 Penyertaan: 23-March 07 Dari: Grand Line Ahli ke- 26,939 |
aku pernah denga yang dikatakan selama 40 tu...ada yang berpendapat 40 adalah dajal2 kecik dan junior tapi masih boleh menggugat keamanan dunia...mungkin macam tok guru ilmu hitam..takpun yang buat ajaran sesat..aku pun tak berapa pasti..
satu lagi yang aku denga..dajjal berupaya menghidupkan ORANG YANG MATI SEKALI SAHAJA..dikatakan inilah kelebihan yang diberi Allah..yang sebenarnya yang mengizinkan hidup mati adalah Allah sendiri..sepertimana yang dia bole bagi nyawa kat iblis sampai beribu2 tahun..mungkin betul Allah nak menguji manusia masa tu? -------------------- i remember what i saw , i forget what i said , but i understand what i do q^^p
|
|
|
|
May 18 2008, 01:57 PM
Kiriman
#11
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,881 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
aku pernah denga yang dikatakan selama 40 tu...ada yang berpendapat 40 adalah dajal2 kecik dan junior tapi masih boleh menggugat keamanan dunia...mungkin macam tok guru ilmu hitam..takpun yang buat ajaran sesat..aku pun tak berapa pasti.. satu lagi yang aku denga..dajjal berupaya menghidupkan ORANG YANG MATI SEKALI SAHAJA..dikatakan inilah kelebihan yang diberi Allah..yang sebenarnya yang mengizinkan hidup mati adalah Allah sendiri..sepertimana yang dia bole bagi nyawa kat iblis sampai beribu2 tahun..mungkin betul Allah nak menguji manusia masa tu? aku tidak boleh terima bende tu sbb dalam ape yg aku pelajari , aku hanya tahu . Allah hanya akan hidupkan manusia dia padang masyar di kala seruling sangka kala ditiup . wallahualam. Kiriman ini telah diubahsuai oleh Navigator®: May 18 2008, 01:57 PM -------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
May 18 2008, 04:02 PM
Kiriman
#12
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 857 Penyertaan: 1-November 07 Dari: Benua Besar Siam Islam Ahli ke- 37,760 |
aku tidak boleh terima bende tu sbb dalam ape yg aku pelajari , aku hanya tahu . Allah hanya akan hidupkan manusia dia padang masyar di kala seruling sangka kala ditiup . wallahualam. Dajjal itu dari golong manusia yang dikurung Oleh Allah S.W.T kerana menyalahgunakan kuasa yang dipelajari,sehingga puak2 yahudi melepaskan Raja mereka(Dajjal) iaitu Messiah.... -------------------- Internet my life..
|
|
|
|
May 18 2008, 05:00 PM
Kiriman
#13
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,881 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
Dajjal itu dari golong manusia yang dikurung Oleh Allah S.W.T kerana menyalahgunakan kuasa yang dipelajari,sehingga puak2 yahudi melepaskan Raja mereka(Dajjal) iaitu Messiah.... aku rase statement ko salah . ko ada bukti yg menyatakan Dajjal itu manusia? sebb manusia terbatas dia punya perlakuan dan pemikiran . even Nabi saw pon hayatnya pendek , inikan dajjal yg hidup beratus ratus tahun lamanya. Disini aku ada beberapa fakta menarik yg nak di konsi Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkan di sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya: 1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu. Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia. Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia. Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya: Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah. Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen. Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang mengetahuinya. 2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya. Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf), ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain. Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia. souce : http://www.geocities.com/zek_my/news1/ut434.html -------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
May 18 2008, 05:36 PM
Kiriman
#14
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 857 Penyertaan: 1-November 07 Dari: Benua Besar Siam Islam Ahli ke- 37,760 |
aku rase statement ko salah . ko ada bukti yg menyatakan Dajjal itu manusia? sebb manusia terbatas dia punya perlakuan dan pemikiran . even Nabi saw pon hayatnya pendek , inikan dajjal yg hidup beratus ratus tahun lamanya. Disini aku ada beberapa fakta menarik yg nak di konsi Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkan di sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya: 1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu. Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia. Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia. Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya: Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah. Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen. Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang mengetahuinya. 2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya. Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf), ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain. Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia. souce : http://www.geocities.com/zek_my/news1/ut434.html Mungkin benar..mungkin tidak dapat dilihat dengan mata,atau di bersembuyi bawah tanah.hanya tuhan saja yang tahu..pasal Yakjud dan makjud macam mana pula?? keliru pun ada -------------------- Internet my life..
|
|
|
|
May 18 2008, 05:48 PM
Kiriman
#15
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 949 Penyertaan: 24-December 07 Dari: kuantan, pahang Ahli ke- 40,010 |
QUOTE Mungkin benar..mungkin tidak dapat dilihat dengan mata,atau di bersembuyi bawah tanah.hanya tuhan saja yang tahu..pasal Yakjud dan makjud macam mana pula?? keliru pun ada Yakjud Makjud adalah salah satu kaum masa pemerintahan Iskandar Dzulkarnain Fakta org Kristian nak meruntuhkan aqidah org Islam mengatakan bahawa Iskandar Dzulkarnain adalah seorg pondan kerana menyembunyikan fakta sebenar yang Alexander The Great(insan yg berbeza dari Iskandar Dzulkarnain) adalah yg sebenarnya pondan Alexander The Great tidak sama dengan Iskandar Dzulkarnain Setelah meneroka banyak negara, tentera Iskandar Dzulkarnain menemui satu kaum yg aneh Kaum lelaki mereka gelarkan as Yakjud dan kaum wanita dinamakan Makjud Setelah Iskandar Dzulkarnain menasihati kaum tu untuk memasuki agama Ilahi(Allah) mereka memerangi Iskandar Dzulkarnain Tetapi Iskandar Dzulkarnain yang cerdiknya menimbus mereka menggunakan 2 kawah kalau x silap ustazah aisyah sayw cakap kawah emas dan kawah besi diorang akan berhenti sewaktu muazzin melaungkan azan sebab apa dia kluar masa hari akhirat? kerana pada masa itu, golongan ulama dan muazzin sudah meninggal dunia penerangan tentang yakjud makjud ni ada dalam nota buku teks Pendidikan Al-Quran dan As sunnah except Iskandar Dzulkarnain yg diterangkan oleh ustazah dalam buku sirah annabawiyah -------------------- [img]http://i178.photobucket.com/albums/w266/elvinrv/YUI2_resize.jpg[/img]
|
|
|
|
May 18 2008, 07:30 PM
Kiriman
#16
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 824 Penyertaan: 25-October 05 Dari: Heliopolis 2,Orb Union(Malacca,Malaysia) Ahli ke- 11,629 |
Yakjud Makjud adalah salah satu kaum masa pemerintahan Iskandar Dzulkarnain Fakta org Kristian nak meruntuhkan aqidah org Islam mengatakan bahawa Iskandar Dzulkarnain adalah seorg pondan kerana menyembunyikan fakta sebenar yang Alexander The Great(insan yg berbeza dari Iskandar Dzulkarnain) adalah yg sebenarnya pondan Alexander The Great tidak sama dengan Iskandar Dzulkarnain Setelah meneroka banyak negara, tentera Iskandar Dzulkarnain menemui satu kaum yg aneh Kaum lelaki mereka gelarkan as Yakjud dan kaum wanita dinamakan Makjud Setelah Iskandar Dzulkarnain menasihati kaum tu untuk memasuki agama Ilahi(Allah) mereka memerangi Iskandar Dzulkarnain Tetapi Iskandar Dzulkarnain yang cerdiknya menimbus mereka menggunakan 2 kawah kalau x silap ustazah aisyah sayw cakap kawah emas dan kawah besi diorang akan berhenti sewaktu muazzin melaungkan azan sebab apa dia kluar masa hari akhirat? kerana pada masa itu, golongan ulama dan muazzin sudah meninggal dunia penerangan tentang yakjud makjud ni ada dalam nota buku teks Pendidikan Al-Quran dan As sunnah except Iskandar Dzulkarnain yg diterangkan oleh ustazah dalam buku sirah annabawiyah saya ingin tahu,yg sebenar2nya iskandar dzulkarnain tu sebenarnya siapa??ada yg kata beliau ialah iskandar yg agung,dan ada yg mengatakan beliau ialah cyprus yg agung.kalau ikut sejarah yg kita semua tahu,iskandar yg agung ialah seorg homo.walaupun empayarnya luas,tp beliau mati sebelum empayarnya sampai ke timur.berkenaan cyprus yg agung pula,ada yg menyatakan beliau ialah iskandar dzulkarnain sbb beliau telah berjaya meluaskan empayarnya hingga ke timur dan beliau mati selepas beliau telah berjaya meluaskan empayarnya hingga ke timur.jd,apa pendapat kamu semua??? -------------------- Do you know,there are three kind of Aces:
1.Those who seek strength 2.Those who life for pride 3.And those who can read the tide of the battle Those three,and him,he are the true Ace. |
|
|
|
May 18 2008, 07:46 PM
Kiriman
#17
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 949 Penyertaan: 24-December 07 Dari: kuantan, pahang Ahli ke- 40,010 |
QUOTE saya ingin tahu,yg sebenar2nya iskandar dzulkarnain tu sebenarnya siapa??ada yg kata beliau ialah iskandar yg agung,dan ada yg mengatakan beliau ialah cyprus yg agung.kalau ikut sejarah yg kita semua tahu,iskandar yg agung ialah seorg homo.walaupun empayarnya luas,tp beliau mati sebelum empayarnya sampai ke timur.berkenaan cyprus yg agung pula,ada yg menyatakan beliau ialah iskandar dzulkarnain sbb beliau telah berjaya meluaskan empayarnya hingga ke timur dan beliau mati selepas beliau telah berjaya meluaskan empayarnya hingga ke timur.jd,apa pendapat kamu semua??? erm pandai baca bahasa arab x? sebab ada buku sirah nabawi ni kalauboleh nak scan je -------------------- [img]http://i178.photobucket.com/albums/w266/elvinrv/YUI2_resize.jpg[/img]
|




May 17 2008, 11:16 PM




