![]() ![]() |
Antara 2 Darjat |
Jun 1 2008, 12:16 AM
Kiriman
#1
|
|
|
Ahli Baru Grup: Learning Kiriman: 17 Penyertaan: 8-February 08 Dari: kuala lumpur Ahli ke- 42,457 |
Ada sesiapa yang boleh bagi petua bagaimana nak meneruskan pelayaran hidup dengan cara yang terpuji dan bijaksana jika bakal isteri adalah dari golongan yang terpelajar dan berada .. Aku ada mendengar dan ada juga melihat yang hubungan tidak kekal lama jika isteri lebih bijak dari suami
|
|
|
|
Jun 5 2008, 09:47 PM
Kiriman
#2
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Members Kiriman: 44 Penyertaan: 12-May 08 Dari: s.buloh,selangor Ahli ke- 47,385 |
Ada sesiapa yang boleh bagi petua bagaimana nak meneruskan pelayaran hidup dengan cara yang terpuji dan bijaksana jika bakal isteri adalah dari golongan yang terpelajar dan berada .. Aku ada mendengar dan ada juga melihat yang hubungan tidak kekal lama jika isteri lebih bijak dari suami nape?????....ko ke yg kene????? abang ipar aku hanye sampai diploma je.... &.....gaji kakak aku lebih drp gaji die... x penah ade persengketaan............ aku suke tengok diorang .......happy.. lagipun....abg ipar aku memang lebih sporting drp kakak aku.. anak pun comel2 blake.... kakak aku tetap hormat...&..100% percaye kat suami die.. walaupun pelajaran..&..pangkat die tinggi............ |
|
|
|
Jun 6 2008, 03:00 AM
Kiriman
#3
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 935 Penyertaan: 25-April 08 Dari: peNang Ahli ke- 46,564 |
2 Darjat.......
itu kalau dari segi wang ringgit ker? kalau dari segi keagamaan pulak cam ner? kalau nak hubungan tu kekal,aku rasa faktor2 keagamaan tu penting.. |
|
|
|
Jun 6 2008, 07:42 AM
Kiriman
#4
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 3,000 Penyertaan: 23-August 04 Dari: n71 - p222 Ahli ke- 2,030 |
amik sama darjat sudey..
hokhohkhokhohkhokhhokhohk -------------------- "Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not sumting u learn in school. But if u haven't learned the meaning of friendship, u really haven't learned anything." - Muhammad Ali
|
|
|
|
Jun 6 2008, 09:25 AM
Kiriman
#5
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 1,838 Penyertaan: 6-April 05 Dari: Nilai, N9 Ahli ke- 7,224 |
susah jgk kalo beza sgt darjat tu...tapi jodoh kekal or tak itu kuasa Allah s.w.t
yg penting keikhlasan hati budi masing2 la...aku pun bakal facing hal yg same walaupun takder la berat cam org lain... next month aku akan join sama jabatan ngan wife aku but lain unit la...dia dah jadik ketua unit kat sane...aku kira pegawai junior la -------------------- --<-@ Ikhlaslah kepada agamamu, cukuplah walau amalan yang sedikit sekalipun @->--
kita berjalan jantung berjalan, kita duduk jantung berjalan...jantung berhenti kita pun jalan daaaa |
|
|
|
Jun 18 2008, 12:21 PM
Kiriman
#6
|
|
|
Ahli Baru Grup: Learning Kiriman: 10 Penyertaan: 18-June 08 Ahli ke- 48,958 |
pandapat kite la kan...sbnrnyer isteri tu x kesah sape suami dier tu janji ingat tuhan n rajin..
kt tmpt kite ade jer...istri pegawai bank suami pembantu makmal jer.. lg satu istri guru ketua bidang, suami PAR jer..janji fhm memahami..terima kekurangan dan kelebihan masing2.. lengkap melengkapi antara satu sama lain.. n ini cikit renungan kata2 yg kite petik dari sebuah kisah benar.. "Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan ke dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan ditanggalkan, bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya kerana Allah SWT semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada-NYA Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk b’nikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. " Amin.Wallahu 'alam Kiriman ini telah diubahsuai oleh mas_aqilah: Jun 18 2008, 12:22 PM |
|
|
|
Jun 18 2008, 01:05 PM
Kiriman
#7
|
|
|
Ahli ![]() Grup: Members Kiriman: 31 Penyertaan: 28-May 08 Dari: sElng0r Ahli ke- 48,032 |
x de yer nak ilang rasa hormat hanya kerana pangkat n gaji.. bagi aku yg penting kasih sayang la.. kalau suami curang baru la ilang rasa hormat.. slagi suami 2 setia, cinta, faham n hormat kat isteri dier, isteri dier pun akan wat bende yg same..
makcik aku pangkat n gaji die lg tggi dr suami die (termasuk la ketinggian die.. hehe) tp happy je.. x de pun die mengata2 laki die yg buruk2.. ROMANTIK TIAP2 SAAT DE R.. yg penting ko kene sayang n jgn buruk sangka ngan pasangan ko.. kalau de pendapat aku yg salah or terguris hati o jantung o usus o mane2 bahagian, SORRY... -------------------- RoSEs aRe ReD,
viOLets aRe blUE, SugAr Is sWeEt, aNd s0 aRe YOU.... |
|
|
|
Jun 18 2008, 01:21 PM
Kiriman
#8
|
|
|
Ahli ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 67 Penyertaan: 10-May 05 Dari: Dari Negeri Sembilan ke Selangor Ahli ke- 7,785 |
Masalahnya bukan terletak pada ketinggian taraf pendidikan dan gaji pekerjaaan. Ianya bukan menjadi masalah tetapi selalunya yang menimbulkan kehangatan isu ini adalah bermula di pihak lelaki. Atas dasar keegoannya yang tidak dapat menerima bahawanya kasih sayang yang lebih utama bukannya kepandaian dalam pendidikan atau hebatnya dalam karier.
Akuilah bahawa kasih sayang itu lebih utama untuk difikirkan. Mengapa diserabut kepala minda dengan sejuta kemelut yang tiada masalah pada permulaann kemudian diadakan? Mudah terpengaruh dengan kata-kata bisikan hati yang tidak berbetulan kebahagian keluarga dan kata-kata kawan-kawan punca retaknya hubungan yang baik sebelum berkahwin. Semua ini kurangnya melihat sejarah Rasulullah SAW dan para Awlia. Kenapa Rasulullah yang sebelum ini hanya menjadi pekerja kepada seorang janda yang jutawan dapat hidup berkekalan dalam kebahagiaan walaupun beliau menikah Saiditina Khadijah RA? Kerana beliau memandang bahawa pernikahan itu semata-mata Rahmat dari Tuhan tanpa melihat siapa yang pandai ataupun kaya. Hanya Iman dapat menjamin kebahagiaan dalam pasangan suami isteri. Adakah dengan memegang rasa keegoaan yang tidak dapat melihat cerdiknya dan kayanya si isteri, kita melatah dan menyalahkan takdir dari Allah yang menemuikan kita dengan si dia? Kenapa berlaku sedangkan sebagai seorang hamba Allah dan suami kita hendaklah mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menikahi saiditina Khadijah yang kaya-raya tanpa memandang dunia itu sebab untuk bahagia. Kahwinlah semata-mata menuruti Sunnah Rasulullah SAW bukannya mengikuti hawa nafsu. Sebab sejarah dah ada, buat apa nak dipening-peningkan kepala? -------------------- Dari Mana Hendak Ke Mana ?
|
|
|
|
Jun 22 2008, 06:10 PM
Kiriman
#9
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 947 Penyertaan: 14-April 04 Dari: www.jtm.gov.my Ahli ke- 121 |
iq+++
dgr pon camtu..x tahu la..pekara ni org pggl sekufu.. -------------------- http://kemanaarahkita.blogspot.com
windows VISTA ULTIMATE 32 intel pentium D 2.66Ghz DDR2 1.50GB |
|
|
|
Jun 22 2008, 07:18 PM
Kiriman
#10
|
|
|
Ahli Sangat Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 3,894 Penyertaan: 17-June 04 Dari: My Eyes (~.^} Ahli ke- 918 |
darjat tak kira la ,
janji Hati dan Agama , tu je -------------------- �'۩۞۩�'�:-:السلام عليكم:-�'�'۩۞۩�
My Blog : http://-syfq-.blog.com |
|
|
|
Jun 23 2008, 11:14 AM
Kiriman
#11
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 614 Penyertaan: 18-January 07 Dari: kelana jaya Ahli ke- 22,984 |
tengok keadaan la..kalu laki cam cerita penarik beca or kassim selamat tu, aku tak kasi anak aku kawin..rugi dunia akhirat...
-------------------- -KingsOfLondon-
|
|
|
|
Jun 23 2008, 11:59 AM
Kiriman
#12
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 1,624 Penyertaan: 24-April 06 Dari: negeri Cik Siti Wan Kembang Ahli ke- 16,396 |
Selalunya perpecahan dalam rumahtangga adalah disebabkan orang ketiga. Sama ada mertua atau kekasih hati atau orang lain yang dengki.
Yang penting..lelaki kena bertegas, berhemah serta diplomasi. Kena ingat satu je bab2 pendapatan ni.. Gaji lelaki (suami) adalah untuk keluarga (nafkah).. Gaji isteri walau besar camna pon.. adalah hak dia. Lelaki tak boleh meminta atau mengarah untuk mendapatkan pendapatan pihak isteri. Kecuali dengan izin isteri secara SUKA RELA.(Nk bantu suami la) -------------------- Hari Raya Hari Yang Mulia, Penuh Ber erti kepada Kita, Tua Muda Miskin dan Kaya, Menyambutnya Dengan Gembira.. Ewaahh..
|
|
|
|
Aug 15 2008, 11:12 PM
Kiriman
#13
|
|
|
Ahli ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 72 Penyertaan: 7-August 08 Dari: shah alam Ahli ke- 51,394 |
darjat x menjadi masalah..
isteri cerdik yang solehah penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran. di rumah dia isteri di jalanan kawan di waktu suami buntu isteri penunjuk jalan. nasihat suami dijadikan pakaian silap suami isteri betulkan penghibur di waktu kesunyian terasa damai bika bersamanya. so..darjat bukanlah persoalan. |
|
|
|
![]() ![]() |
|
Lo-Fi Version | Time is now: 8th October 2008 - 07:21 AM |




Jun 1 2008, 12:16 AM



