![]() ![]() |
Stesen Minyak Tutup Operasi, Stesen minyak tutup operasi |
Jun 24 2008, 04:23 PM
Kiriman
#1
|
|
|
Ahli ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 199 Penyertaan: 21-October 07 Dari: kuala terengganu, membakut sabah, w.p labuan and k Ahli ke- 37,256 |
Stesen minyak mahu tutup operasi
KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebanyak 3,500 pengusaha stesen minyak di seluruh negara merancang menutup operasi selama lapan jam pada 26 Jun ini dan menolak penggunaan kad kredit jika kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak. Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar ( Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang. “Ia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tarikh tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau memberitahu, rayuan menaikkan komisen itu telah disuarakan PDAM dalam pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada Khamis lepas. “Beliau berjanji membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan mengenainya akan diketahui Isnin ini. “Dalam pertemuan hampir tiga jam itu beliau memahami masalah yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sehingga 40 dan 63 peratus,’’ ujarnya. Abdul Wahid memberitahu, selain menutup stesen minyak sebagai tanda protes, semua pengusaha stesen juga bersetuju untuk menolak sebarang penggunaan kad kredit di semua stesen jika permintaan itu tidak dipenuhi. Menurut beliau, para pengusaha stesen minyak tidak dapat lagi menampung kerugian ekoran kenaikan harga petrol dan diesel memandangkan komisen yang diperoleh tidak mencukupi. ‘‘Komisen yang kami peroleh untuk petrol hanya tiga peratus dan diesel pula di bawah dua peratus dan komisen ini tidak mencukupi untuk menampung bayaran sewa stesen, membayar gaji pekerja dan penyelenggaraan,’’ katanya. Beliau berkata, permohonan PDAM untuk menaikkan komisen kepada enam peratus dianggap memadai. Abdul Wahid berkata, walaupun telah beberapa kali berlaku kenaikan harga petrol dari RM1.10 hingga RM2.70 seliter, kerajaan tidak menaikkan komisen kepada pengusaha stesen minyak. Beliau berkata, apabila harga minyak naik sehingga RM2.70 seliter untuk petrol sementara diesel pula meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter, ia sangat membebankan pengusaha stesen minyak di seluruh negara. Mengenai penolakan penggunaan kad kredit pula, beliau berkata, ia adalah langkah yang paling menjimatkan kerana para pengusaha stesen minyak tidak perlu membayar caj perkhidmatan kepada bank-bank. |
|
|
|
Jun 24 2008, 04:32 PM
Kiriman
#2
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Members Kiriman: 849 Penyertaan: 18-May 04 Dari: Johor Bahru Ahli ke- 633 |
Maknanya apa ni? Aku skrg isi minyak moto aku pakai kad kredit. So aku tak leh isi minyak pada pukul 8-4ptg la?
-------------------- Member of Putera.com since September 2001
|
|
|
|
Jun 24 2008, 05:13 PM
Kiriman
#3
|
|
|
Ahli Rajin ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Grup: Moderator Kiriman: 1,066 Penyertaan: 7-March 05 Dari: Dê Röyal Cîty Öf Silvër Ahli ke- 6,675 |
Dah laa... tak payah cerita pasal minyak lagii...
*** CLOSE TOPIC *** -------------------- When GOD Opened the window of mercy, HE asked me; What is your wish for to day?, I said; ALLAH, Please take care of that person who is reading this message. `Ilahi Anta Maqsudi WaRedho Kamatlubi`
|
|
|
|
![]() ![]() |
|
Lo-Fi Version | Time is now: 11th October 2008 - 08:34 PM |




Jun 24 2008, 04:23 PM


