Brother International perkenal ONE Solution yang menyeluruh Print Email
Siri MyHome dan MyOffice Brother dijangka meningkatkan penguasaan pasaran jenama itu dalam kategori perkakas pelbagai fungsi inkjet disebabkan pelengkapan teknologi titisan dakwat 1.5 picoliter yang sebelum ini hanya terdapat pada pencetak bertaraf tinggi. Pengenalan teknologi ini seraya menjadikan Brother satu saingan serius dalam industri pencetak foto. Enam pusat pelbagai fungsi (MFC) Siri MyHome yang baru adalah siri 4-dalam-1 DCP-130C, DCP-330C, DCP-540CN, siri 6-dalam-1 MFC-240C dan MFC-440CN, dan siri 9-in-1 MFC-665CW tanpa wayar. Siri MyOffice kesemua adalah perkakas 6-dalam-1 iaitu MFC-3360C dan MFC-5460CN dan MFC-5860CN yang mampu dirangkaikan. Menurut En. Tomosaburo Tsuji, Pengarah Urusan Brother International (Malaysia) Sdn Bhd, Brother diterima di kalangan usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana, dan kini bergerak lebih agresif ke dalam pasaran korporat pula. “Brother menduduki posisi tiga tertinggi dalam kategori MFC laser saiz A4. Kami antara tempat kelima tertinggi dalam pasaran MFC inkjet bersaiz A4. Dengan pengenalan Siri MyHome dan MyOffice kami, kami cukup yakin penguasaan pasaran kami dalam kategori inkjet A4 akan bertambah," kata En. Tsuji. Beliau menjelaskan, rangkaian baru Brother mampu dimiliki pada harga berpatutan dan menawarkan antara fungsi paling canggih. Siri MyHome Series berharga antara RM368 bagi DCP-130C hingga RM1,188 bagi MFC-665CW tanpa wayar, manakala Siri MyOffice pula berharga antara RM488 bagi MFC-3360C hingga RM1,188 bagi MFC-5860CN yang rangkaian-sedia. Brother menawarkan waranti bawa-sendiri selama 24 bulan bagi semua model di bawah siri baru itu, di mana model rangkaian dan tanpa wayar juga dilengkapi 24 bulan waranti tempat-sendiri. Servis dan sokongan lebih luas ini dijangka menjana jualan tambahan. Menurut Brother, Siri MyHome yang berada di pasaran sejak pelancaran ringkasnya pada Disember 2006, telah mendapat sambutan yang baik. "Pengguna Malaysia menilaikan mutu cetakan, kepantasan cetakan, nilai, kemudahan dan rekabentuknya pada tahap yang agak tinggi,” jelas En.Tsuji. “Berdasarkan kajiselidik IDC Malaysia, perbelanjaan barangan teknologi maklumat akan bertumbuh pada 2007, meningkat dalam kadar 10% - 12%, di mana perbelanjaan perkakasan dijangka berkembang antara 8% to 10%. Kemunculan pelbagai produk seperti kamera digital, pengimbas berkelajuan tinggi dan telefon bimbit akan menggalak penguna lebih menilai keperluan cetakan keseluruhan mereka. Kejadian ini akan muncul persaingan yang sengit antara penjual, yang akhirnya menguntungkan pengguna juga,” kata En. Tsuji memberi komen mengenai unjuran 2007. Syarikat melancarkan rangkaian dakwat dan kertasnya sendiri di bawah jenama Innobella™ bagi meningkatkan prestasi cetakan Siri MyHome dan MyOffice sebagai inisiatif Brother ONE Solution. Ketinggian mutu cetakan, kepanjangan hayat warna, kelancaran operasi dan kepelbagaian warna mampu dicapai dengan penggunaan MFC inkjet dan rangkaian Innobella™ dan dijangka menjana jualan alat gantian bage Brother. “Sasaran Brother ialah supaya menjadi inkjet berwarna All-in-ones pilihan utama bagi pengguna peribadi, pejabat kecil dan kediaman dan usahawan,” kata En. Tsuji mengakhiri. Jualan, Alat Gantian dan Sokongan Alat gantian Siri MyHome Brother dijual pada harga yang amat berpatutan dan terdiri daripada kartrij dakwat hitam LC57BK yang berharga RM68 dan kartrij warna cyan LC-57C, magenta LC-57M dan kuning LC-57Y berharga RM38 bage setiap warna kartrij. Pengguna Siri MyOffice MFC-5460CN dan MFC-5860CN pula mempunyai pilihan untuk menggunakan kartrij LC-57HYBK yang mempunyai kandungan dakwat hitam tinggi dan berharga RM103. Untuk cetakan berwarna terang, gunakan Glossy Paper Innobella™: A4-size BP-61GLA, RM30 (20 helaian) dan 4R-size BP-61GLP berharga RM15 (20 helaian). Semua mesin bagi Siri MyHome dan MyOffice menawar 24 bulan waranti bawa-sendiri manakala model rangkaian dan tanpa wayar juga dilengkapi 24 bulan waranti tempat-sendiri Untuk maklumat lanjut mengenai Siri MyHome, MyOffice Series dan produk Brother yang lain, sila hubungi Brother International di 03.7680.9999 atau layarilah www.brother.com.my. MENGENAI BROTHER INTERNATIONAL MALAYSIA SDN BHD Published: April 17, 2007 Print EmailView Comments (0) Petikan Akhbar i-Bhd. labur RM94j sedia khidmat IT Utusan Malaysia Kos penyediaan telekomunikasi Nusajaya RM600j Utusan Malaysia Kemudahan Internet percuma di MPSJ Utusan Malaysia Waspada radiasi menara telekomunikasi Utusan Malaysia Bayar cukai tanah melalui Internet Utusan Malaysia HP jangka kekal terajui pasaran Utusan Malaysia Siber kafe di perpustakaan universiti Utusan Malaysia Polis lancar pusat media, portal Utusan Malaysia Program Rakan Muda Siber dilancar Utusan Malaysia Belia akan dilatih jadi wartawan media cetak, elektronik Utusan Malaysia Segalanya dalam satu Utusan Malaysia LHDN tukar alamat laman web Utusan Malaysia Lebih banyak Medan Info Desa, Pusat Internet Desa dibina Utusan Malaysia Kemajuan K-ekonomi dipantau Utusan Malaysia Undang-undang urus niaga elektronik dikaji semula Utusan Malaysia Sarawak nikmati Internet jalur lebar dalam tempoh dua tahun Utusan Malaysia Cetakan lebih konsisten Utusan Malaysia Snake versi tiga dimensi Utusan Malaysia Pengurusan sistem keselamatan yang fleksibel Utusan Malaysia Lee Tai Jik CEO Samsung Utusan Malaysia |
|

Brother International, pemimpin dalam pembuatan perkasas teknologi maklumat bagi kegunaan peribadi dan perniagaan hari ini memperkenalkan sembilan buah pusat pelbagai fungsi inkjet yang menampilkan teknologi titisan dakwat syarikat itu, dan turut memperkenalkan rangkaian pelengkap dakwat dan kertas bawah jenamanya sendiri, Innobella™.
Sorry, your account does not have access to post comments.