TM terajui konsortium kabel dasar laut ke AS Print EmailTelekom Malaysia Berhad (TM) menerajui satu konsortium terdiri daripada 17 syarikat telekomunikasi utama antarabangsa bagi membina sistem kabel dasar laut gentian optik pertama yang menghubungkan rantau Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat (AS) secara terus. Sistem kabel yang dikenali sebagai Asia-America Gateway (AAG) ini dijangka menelan belanja kira-kira AS$500 juta (RM1.8 bilion). Projek ini diterajui oleh TM dengan kerjasama AT&T Inc. (Amerika Syarikat), Bharti AirTel (India), Kerajaan Brunei Darussalam (Brunei), British Telecom Global Network Services (UK), CAT Telekom (Thailand), Eastern Telecommunications Philippines Inc. (Filipina), Indosat (Indonesia), Pacific Communications Pte Ltd (Kemboja), Philippines Long Distance Telephone Co. (Filipina), PT Telkom (Indonesia), Saigon Postal Corporation (Vietnam), StarHub (Singapura), Telstra (Australia), Telecom New Zealand International (New Zealand), Viettel (Vietnam) dan Vietnam Post & Telecommunications Group of Vietnam (Vietnam). ![]() Majlis menandatangani perjanjian hari ini adalah untuk perlaksanaan sistem kabel tersebut, diwakili oleh pemimpin-pemimpin syarikat telekomunikasi utama serantau berkenaan. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Dato’ Sri Dr. Lim Keng Yaik, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dan Tan Sri Dato’ Ir Md Radzi Mansor, Pengerusi TM. Dato’ Sri Dr. Lim Keng Yaik berkata pelaksanaan AAG akan mengukuhkan lagi rangkaian komunikasi dan hubungan perdagangan antara Asia dan Amerika Syarikat, dua rantau ekonomi paling dinamik di dunia Beliau berkata, “Saya berbangga kerana melalui TM, kita dapat lihat Malaysia berperanan menerajui inisiatif yang akan memanfaatkan seluruh rantau Asia Pasifik. Pembinaan AAG pastinya akan dapat memenuhi permintaan untuk kapasiti Internet yang dijangka semakin meningkat dan usaha konsortium pada hari ini di bawah pimpinan TM, sesungguhnya telah mengorak langkah ke arah yang tepat. Memandangkan AAG berpunca daripada rangkaian kabel tunggal, ianya bukan sahaja memperbaiki mutu akses ke rangkaian antarabangsa bahkan meningkatkan kapasiti jalur lebar antarabangsa ke Malaysia pada kos yang lebih kompetitif.” “Usahasama ini bakal membantu perkembangan pesat jalur lebar di rantau ini yang akan menjadi daya tarikan kepada pelaburan global dan meningkatkan daya saing negara-negara yang mendapat manfaat dari hubungan langsung ke jaringan AAG,” beliau menambah. Sementara itu, menurut Dato’ Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, projek AAG mempamerkan komitmen TM untuk terus melabur dalam pembangunan komunikasi IP di rantau Asia selain meluaskan akses jalur lebar kepada khalayak yang lebih besar. Beliau berkata, “AAG akan memberikan peningkatan kapasiti dan kepelbagaian rangkaian Internet antara Asia dan Amerika Syarikat yang tepat pada masanya, melihat kepada kesan daripada perkhidmatan Internet yang terjejas akibat kejadian gempa bumi di Taiwan hujung tahun lalu. Apabila AAG mula beroperasi, pengguna Internet akan menikmati sambungan antarabangsa yang lebih pantas dan mantap. Selain pelaburan kami di luar negara dan perkongsian dengan syarikat-syarikat telekomunikasi serantau, peranan TM dalam inisiatif penting seperti ini akan mendorong kami mencapai visi menjadi peneraju dalam persekitaran telekomunikasi serantau.” Selain memberikan lebih kapasiti jalur lebar, AAG juga bertujuan menyediakan rangkaian trafik alternatif yang lebih selamat dari rantau Asia ke Amerika Syarikat. Laluan berisiko rendah ini direka untuk mengelak kawasan Lingkungan Pasifik yang berbahaya, justeru mengurangkan kesan bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami yang sebelum ini telah merosakkan sistem kabel dasar laut dan menjejaskan hubungan Internet antarabangsa dengan teruk. Sistem kabel AAG sepanjang 20,000km ini direka khusus untuk menyediakan kapasiti data lebar jalur sehingga 1.92 Terabits sesaat. Selepas siap, pada peringkat awal, sistem ini mampu menyediakan kapasiti 480 Gigabits sesaat bagi memenuhi permintaan perkhidmatan telekomunikasi semasa dan masa depan. AAG menggunakan teknologi Dense Wavelength Division Multiplexing, yang membolehkannya menaiktaraf kemudahan penyaluran yang menyokong trafik Internet dan perkhidmatan e-dagang. Pembinaan projek ini akan bermula serta merta dan apabila siap kelak, sistem kabel ini akan menghubungkan 10 lokasi di 8 buah negara merentasi rantau Asia Pasifik, iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Hong Kong, Filipina, Vietnam, Guam, Hawaii dengan Pantai Barat Amerika Syarikat. Projek AAG bertujuan melengkapi sistem kabel sedia ada seperti Asia Pacific Cable Network2 (APCN2) & Japan-US Cable Network yang pada masa ini dihubungkan ke Amerika Utara melalui Asia Utara. AAG juga memberikan sambungan berterusan bagi negara-negara berkenaan dengan rantau-rantau lain seperti Eropah, Australia, Afrika dan kawasan-kawasan lain di Asia. AAG dijangka mula menyalurkan trafik secara komersil menjelang Disember 2008. Perlaksanaan projek AGG ini juga tepat pada masanya kerana hampir dengan jangkaan tamat tempoh penggunaan rangkaian kabel milik konsortium sedia ada dan pengunduran sistem kabel Asia Pasifik generasi pertama – sistem Synchronous Digital Hierarchy (SDH) seperti APCN dan Trans Pacific Cable-5 (TPC-5). Kontrak pelaksanaan untuk pembinaan sistem kabel ini akan ditandatangani selepas ini antara ahli-ahli utama konsortium dan konsortium pembekal yang terdiri daripada Alcatel Submarine Network (ASN) dan NEC Corporation, yang telah diberikan kontrak pembinaan sistem ini. Mengenai TM Published: May 24, 2007 Print EmailView Comments (0) Petikan Akhbar Pertemuan wanita komuniti siber Utusan Malaysia Multimedia jadi elemen utama industri kreatif Utusan Malaysia Fungsi pintar serlahkan kreativiti Utusan Malaysia Malaysia mahu anggota NAM rapatkan jurang digital Utusan Malaysia i-Bhd. labur RM94j sedia khidmat IT Utusan Malaysia Kos penyediaan telekomunikasi Nusajaya RM600j Utusan Malaysia Kemudahan Internet percuma di MPSJ Utusan Malaysia Waspada radiasi menara telekomunikasi Utusan Malaysia Bayar cukai tanah melalui Internet Utusan Malaysia HP jangka kekal terajui pasaran Utusan Malaysia Siber kafe di perpustakaan universiti Utusan Malaysia Polis lancar pusat media, portal Utusan Malaysia Program Rakan Muda Siber dilancar Utusan Malaysia Belia akan dilatih jadi wartawan media cetak, elektronik Utusan Malaysia Segalanya dalam satu Utusan Malaysia LHDN tukar alamat laman web Utusan Malaysia Lebih banyak Medan Info Desa, Pusat Internet Desa dibina Utusan Malaysia Kemajuan K-ekonomi dipantau Utusan Malaysia Undang-undang urus niaga elektronik dikaji semula Utusan Malaysia Sarawak nikmati Internet jalur lebar dalam tempoh dua tahun Utusan Malaysia |
|


Sorry, your account does not have access to post comments.