Laman UtamaWikiTanyaEnglishArtikelRingtonesKomunitiGamesChatSearch

Menu

Advertising

Sponsors

SC sekat akses laman web skim pelaburan tidak sah

Print    Email

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman-laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai di Malaysia. Operasi ini akan bermula pada 11 Jun 2007.

Semua pelabur sedia ada skim melalui Internet tersebut adalah digesa agar mengeluarkan pelaburan mereka dan menutup akaun mereka serta merta. Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web berkenaan disekat.

SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada aman-laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

Langkah terkini oleh SC ini adalah rentetan daripada siri amaran berulang dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah. SC telah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman dan telah memulakan kempen kesedaran pelabur yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet.

Walaupun amaran berulang telah diberikan, masih terdapat mereka yang terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini.

Antara bulan April dan Mei 2007, SC telah menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berkaitan dengan skim pelaburan internet tidak sah yang mana sesetengah orang ramai melaporkan bahawa mereka telah kehilangan sejumlah wang yang banyak.

Skim pelaburan tidak sah yang dipromosikan di Internet adalah tidak dilesenkan oleh SC untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan atau menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia.

Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti.

Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk terbabit dalam aktiviti pelaburan boleh didapati di www.sc.com.my .

Laman web SC juga menyediakan senarai yang dikemas kini secara berkala syarikat dan laman web yang diketahui yang tidak diberi kuasa atau tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan.

Pelabur adalah dinasihatkan agar menyemak senarai tersebut sebelum melabur dengan mana-mana pihak. 
 

By Shanai
Published: June 7, 2007
Print    Email


View Comments (0)


Petikan Akhbar

Fungsi pintar serlahkan kreativiti
Utusan Malaysia
Malaysia mahu anggota NAM rapatkan jurang digital
Utusan Malaysia
i-Bhd. labur RM94j sedia khidmat IT
Utusan Malaysia
Kos penyediaan telekomunikasi Nusajaya RM600j
Utusan Malaysia
Kemudahan Internet percuma di MPSJ
Utusan Malaysia
Waspada radiasi menara telekomunikasi
Utusan Malaysia
Bayar cukai tanah melalui Internet
Utusan Malaysia
HP jangka kekal terajui pasaran
Utusan Malaysia
Siber kafe di perpustakaan universiti
Utusan Malaysia
Polis lancar pusat media, portal
Utusan Malaysia
Program Rakan Muda Siber dilancar
Utusan Malaysia
Belia akan dilatih jadi wartawan media cetak, elektronik
Utusan Malaysia
Segalanya dalam satu
Utusan Malaysia
LHDN tukar alamat laman web
Utusan Malaysia
Lebih banyak Medan Info Desa, Pusat Internet Desa dibina
Utusan Malaysia
Kemajuan K-ekonomi dipantau
Utusan Malaysia
Undang-undang urus niaga elektronik dikaji semula
Utusan Malaysia
Sarawak nikmati Internet jalur lebar dalam tempoh dua tahun
Utusan Malaysia
Cetakan lebih konsisten
Utusan Malaysia
Snake versi tiga dimensi
Utusan Malaysia


PUTERA.com


© 1998-2008 Khazanah Maya Computer Systems Hubungi Kami | Derma | Terma | Polisi