JVC sasar produk HD hiburan berangkaian Print Email
Syarikat hari ini mengumumkan perancangannya iaitu ‘Membuka Pintu kepada Definisi Tinggi (HD) dan Perangkaian Digital’ di sebuah paparan teknologi dan produk sempena ulangtahun kesepuluhnya, di sini. Rangkaian produk terbaru itu turut menampilkan kamkorder bercakera keras HD pengguna yang pertama di dunia iaitu JVC Everio GZ-HD7, produk Sistem Teater Berangkaian Di Rumah JVC Sophisti™ dan Sistem Pancaran Teater Di Rumah JVC D-ILA HD. Kajiselidik di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan negara tertentu Asia Pasifik menunjukkan peningkatan bagi jualan perkasasan HD, membayangkan kecenderungan pengguna kepada format baru itu disebabkan rakaman yang berkualiti tinggi dan kemampuan hiburan yang lebih interaktif. Menurut Pengarah Urusan JVC Sales & Service (Malaysia) Sdn Bhd, En. Hirokazu Tamura, permintaan penguna tempatan bagi produk HD dan digital berangkaian akan meningkat dengan konsisten dalam jangka lima hingga sepuluh tahun lagi, berdasarkan aliran sedunia. “Kemunculan DVD generasi baru dan pengisian digital di internet menyuburkan benih pertumbuhan produk HD dan mencipta satu pasaran khas untuk media berangkaian di rumah.” “JVC Sales & Services Malaysia cukup yakin bahawa dengan pertumbuhan penyiaran maklumat melalui televisyen biasa dan satelit dalam format HD, peningkatan penggunaan jalur lebar, kemunculan WiMax dan pengisian multimedia yang lebih interaktif, permintaan bagi produk HD dan digital berangkaian akan meningkat dengan pasti setiap tahun,” kata En. Tamura. “Bagi tahun 2007, JVC mendahului jenama lain dengan produk terkini yang benar-benar unik”, kata En. Tamura. “Ini termasuklah model HD Everio yang, buat pertama kalinya, menawarkan fungsi rakaman HD 1920 X 1080 dalam sebuah kamkorder pengguna.” Menjelang penghujung tahun kewangan 2007, JVC menjangka model-model kamkorder cakera keras HD keluaran mereka akan mencapai 15% daripada pengusaan keseluruhan pasaran kamkorder cakera keras, di mana sumbangan model HD dijangka bertambah kepada lebih kurang 50% dalam masa dua tahun. “Nilai penguasaan JVC ke atas pasaran kamkorder bercakera keras semakin meningkat disebabkan nilai produk kami tinggi dan berharga stabil, walaupun setelah jenama-jenama lain turut memasuki pasaran ini,” jelas En. Tamura. Sebagai persediaan bagi penggunaan HD yang lebih meluas, JVC melengkapkan produknya dengan penyelesaian perisian yang mampu menyokong format terkini seperti Blu Ray. Majlis paparan teknologi dan produk itu menampilkan rangkaian Sophisti JVC di mana kedua-dua model DD-8 dan DD-3 didedahkan sebagai jenis hiburan di rumah yang paling terkini, lengkap dengan Pemain Media Berangkaian yang menjadi pusat utama perkakasan hiburan rumah itu, memberi kuasa kepada pengguna memindahkan fail muzik, filem, gambar digital dan fail-fail digital lain yang disimpan di dalam komputer mereka. Mutu bunyi canggih rangkaian Sophisti dicapai menerusi teknologi front surround JVC yang meniadikan keperluan pembesar suara belakang dan masalah yang sering muncul ketika hendak memilih posisi paling sesuai. “Pasaran elektronik pengguna mengalami perubahan pantas dan JVC Sales & Service Malaysia mahu menerajui arus ini. Menjelang lima hingga sepuluh tahun akan datang, apabila pengguna mahukan produk HD atau digital berangkaian, hanya akan terdetik nama JVC. Kami mempunyai komitmen yang jitu pada pasaran Malaysia dan turut mempunyai kesedaran pasaran tempatan dalam aspek pembangunan produk, harga dan pembaharuan,” katanya mengakhiri. Kamkorder digital HD bercakera keras 60GB JVC Everio GZ-HD7 dijual pada harga RM6,999, Sistem Rangkaian Media Kediaman JVC Sophisti DD-8 pula berharga RM5,999 manakala JVC Sophisti DD-3 berharga RM3,999. Sistem Paparan Teater Kediaman JVC D-LA HD1 dijual pada harga RM22,999. Kesemua produk dilengkapi waranti antarabangsa selama 12 bulan dan mula dijual pada Mei 2007. Published: July 28, 2007 Print EmailView Comments (0) Petikan Akhbar Pertemuan wanita komuniti siber Utusan Malaysia Multimedia jadi elemen utama industri kreatif Utusan Malaysia Fungsi pintar serlahkan kreativiti Utusan Malaysia Malaysia mahu anggota NAM rapatkan jurang digital Utusan Malaysia i-Bhd. labur RM94j sedia khidmat IT Utusan Malaysia Kos penyediaan telekomunikasi Nusajaya RM600j Utusan Malaysia Kemudahan Internet percuma di MPSJ Utusan Malaysia Waspada radiasi menara telekomunikasi Utusan Malaysia Bayar cukai tanah melalui Internet Utusan Malaysia HP jangka kekal terajui pasaran Utusan Malaysia Siber kafe di perpustakaan universiti Utusan Malaysia Polis lancar pusat media, portal Utusan Malaysia Program Rakan Muda Siber dilancar Utusan Malaysia Belia akan dilatih jadi wartawan media cetak, elektronik Utusan Malaysia Segalanya dalam satu Utusan Malaysia LHDN tukar alamat laman web Utusan Malaysia Lebih banyak Medan Info Desa, Pusat Internet Desa dibina Utusan Malaysia Kemajuan K-ekonomi dipantau Utusan Malaysia Undang-undang urus niaga elektronik dikaji semula Utusan Malaysia Sarawak nikmati Internet jalur lebar dalam tempoh dua tahun Utusan Malaysia |
|


Sorry, your account does not have access to post comments.