Laman UtamaWikiTanyaEnglishArtikelRingtonesKomunitiGamesChatSearch

Menu

Advertising

Sponsors

Canon perkenal inisiatif baru

Print    Email

Canon Marketing Malaysia kini dalam proses menaiktarafkan program ‘Customer Delight’ dengan inisiatif perkhidmatan pelanggan baru bertaraf lima bintang sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-20.

Bertujuan menyediakan kemudahan dan keselesaan, perkhidmatan baru Canon termasuklah ruang VIP di pusat perkhidmatan pelanggannya yang terletak di ibu pejabat di Peremba Square.

Ruang VIP tersebut akan menyediakan ruang eksklusif yang menawarkan kemudahan-kemudahan sokongan, dari perkhidmatan Internet hingga kepada makanan dan minuman, kepada pengguna Canon.

Selain itu, perkhidmatan ‘concierge’ akan diperkenalkan bagi membantu pelanggan mengalihkan peralatan mereka dari kenderaan. Selain itu terdapat juga rancangan untuk perkhidmatan pembaikian pada hari yang sama pada kadar rendah bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang sibuk.

Kepada pengguna yang tidak dapat hadir ke ibu pejabat Canon, kamera-kamera boleh ditinggalkan di kedai-kedai konsep gaya hidup Canon di Suria KLCC dan MidValley Shopping Mall untuk pembaikan.

“Kami percaya dalam menghasilkan dan mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan pengguna kami. Oleh sebab itu kami memberi tumpuan bagaimana kami boleh memenuhi keperluan pelanggan selepas mereka mendapatkan produk kami,” kata Liew Sip Chon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon.

“Langkah seumpanya untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan ‘adalah langkah perniagaan bijak’ kerana ia mengambil lima kali lebih banyak usaha untuk menarik pelanggan baru daripada mengekalkan kepuasan pelanggan sedia ada.”

“Kajian juga menunjukkan pelanggan yang tidak berpuas hati akan menyuarakan kekecewaan mereka kepada sekurang-kurangnya tujuh orang lain,” beliau berkata.

Perkara ini adalah sejajar dengan penemuan Institut Perkhidmatan Pelanggan Amerika bahawa 65 peratus hasil perniagaan syarikat adalah daripada pelanggan sedia ada.

Sementara itu, kajian oleh Institut Program Kajian Bantuan Teknikal Amerika menunjukkan 91 peratus daripada pelanggan yang kecewa tidak akan membeli daripada syarikat yang mengecewakkan mereka.

Bagi menyediakan pelanggan dengan lebih kemudahan dalam mendapatkan perkhidmatan untuk peralatan mereka, Canon telah melanjutkan masa perkhidmatan sehingga 8 malam di Peremba Square dan hingga 6 petang di pusat-pusat perkhidmatan lain di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan pembaikian di pusat pelanggan akan dilanjutkan sehingga 10 malam pada hari-hari bekerja jika panggilan dibuat sebelum 6 petang dan 1 tengahari pada Sabtu, kecuali pada cuti-cuti umum.

“Kami melanjutkan masa pekhidmatan kami sehingga waktu selepas bekerja kerana terdapat banyak perkhidmatan dari pengguna bagi menyesuaikan dengan jadual mereka, kata Richard Yeow, Pengarah Kanan, Bahagian Pemasaran Strategik Korporat.

“Ia penting kepada strategi perniagaan kami bagi menggembirakan pelanggan kami. Program ‘Customer Delight’ Canon kami bertujuan menyediakan pengalaman pelanggaan yang lengkap yang akan memberi pertumbuhan jangka panjang kerana mereka akan kekal setia dengan jenama kami,” beliau tambah.

Menurut hasil kajian soal selidik oleh firma kajian SPSS BI, 95.5 peratus pelanggan Canon di Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatannya, sementara 94 peratus daripada mereka mendapati Pusat Perkhidmatan Pelanggan Canon amat mudah di lawati.

“Kami amat bangga kerana kami mampu menyampaikan kualiti dalam pembaikian produk, dan juga kakitangan perkhidmatan kami mesra dan bertindak segera kepada keperluan pelanggan. Mungkin oleh sebab ini pelanggan memilih kami sebagai jenama pilihan untuk peralatan pengimejan,” tambah Yeow.

Canon mempunyai salah satu daripada jaringan perkhidmatan paling luas di negara ini, dengan 81 Ahli Perkhidmatan Sah, dilatih untuk memberi pekhidmatan dan sokongan perkakasan, perisian dan aspek sambungan jaringan barangan Canon.

By Shanai
Published: July 28, 2007
Print    Email


View Comments (0)


Petikan Akhbar

Revolusi REGZA tampak nyata
Utusan Malaysia
Mengurus data guna RFID
Utusan Malaysia
TAP menyuburkan usahawan tekno
Utusan Malaysia
Khidmat Internet jalur lebar tidak capai 1 gigabit dipersoal
Utusan Malaysia
KLMUC sediakan komputer riba
Utusan Malaysia
Perbelanjaan ICT tempatan dijangka cecah RM44 bilion
Utusan Malaysia
Peniagawati lancar portal persatuan
Utusan Malaysia
Buli siber cabaran baru di sekolah
Utusan Malaysia
Siaran langsung DUN di Internet
Utusan Malaysia
Pelajar ugut, caci guru guna Internet
Utusan Malaysia
Samsung LCD ciri Content Library
Utusan Malaysia
Tiga sebab memilih peti sejuk Toshiba
Utusan Malaysia
MDEC promosi 152 syarikat ICT di WCIT 2008
Utusan Malaysia
Laman web lucah: Lelaki diturun pangkat, potong gaji
Utusan Malaysia
MPPD sedia kemudahan Internet tanpa wayar
Utusan Malaysia
3 samun komponen komputer ditahan
Utusan Malaysia
CIMB labur RM5 juta beli pelayan komputer
Utusan Malaysia
LCD ternipis di dunia
Utusan Malaysia
Permainan pintar dan interaktif
Utusan Malaysia
Peluang SME dalam WCIT 2008
Utusan Malaysia


PUTERA.com


© 1998-2008 Khazanah Maya Computer Systems Hubungi Kami | Derma | Terma | Polisi