Laman UtamaWikiTanyaEnglishArtikelRingtonesKomunitiGamesChatSearch

Menu

Advertising

Sponsors

KUB tandatangan kerjasama dengan Cybertrust, Trend Micro

Print    Email

 Dalam usaha untuk mengukuhkan bahagian teknologi maklumat dan komunikasinya, KUB Malaysia Berhad hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dengan pakar keselamatan maklumat dari Amerika Syarikat, iaitu Cybertrust dan Trend Micro yang berpangkalan di Jepun.

Kerjasama ini akan menyaksikan KUB Malaysia menembusi sektor keselamatan IT yang lumayan iaitu Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSS), menjadikannya syarikat yang pertama seumpamanya di dalam negara memperkenalkan perkhidmatan pengurusan ancaman teknologi maklumat lengkap dan beroperasi setiap masa.

MSS merupakan pendekatan sistematik untuk mengurus keperluan keselamatan sesuatu organisasi. Ia menyediakan pemantauan setiap masa dan pengurusan sistem pengesanan pencerobohan dan firewall, melaksanakan penilaian dan audit keselamatan dan bertindakbalas dalam masa kecemasan.

 
 Signing Ceremony KUB Malaysia, Cybertrust and Trend Micro on Feb 15. (left to right) Mark Seinor, Vice President of Operations, Cybertrust Asia Pacific; Paul O'Rouke, Senior Vice President & General Manager, Cybertrust Asia Pacific; Goh Chee Hoh, Managing Director, Trend Micro Inc. Asia South; Y.B. Dato' Dr. Awang Adek Bin Hussin, Deputy Minister of Finance; Izham Yusoff, CEO of Kub Malaysia Berhad; and Y.Bhg. Dato' Nordin Baharuddin, Chairman of KUB Malaysia Berhad

Perjanjian persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh  Izham Yusoff, ketua pegawai eksekutif KUB Malaysia, Paul O’Rourke, timbalan presiden kanan dan pengurus besar serantau Asia Pasifik dan Goh Chee Hoh, pengarah urusan Trend Micro Inc Selatan Asia.

Ia telah disaksikan oleh Datuk Dr Awang Adek Hussin, timbalan menteri kewangan dan Datuk Nordin Baharuddin, pengerusi KUB Malaysia, Mark Seinor, Timbalan Presiden Operasi, Cybertrust Asia Pasifik dan Stan Lee, Pengurus Jualan, Teknologi Syarikat Trend Micro Malaysia Sdn Bhd.

Cybertrust merupakan peneraju global dalam  penyediaan MSS. Menurut laporan Pasaran Perkhidmatan Keselamatan Terurus 2005 oleh  Frost & Sullivan Asia Pasifik, yang diterbitkan pada Disember 2006, Cybertrust merupakan peneraju dalam penyediaan MSS dalam pasaran serantau utama termasuklah di Australia, Indonesia dan Hong Kong.

Manakala Trend Micro pula, merupakan perintis kandungan selamat dan pengurusan ancaman. Ditubuhkan pada 1988, Trend Micro yang beribupejabat di Tokyo dan beroperasi di lebih daripada 30 buah negara, menyediakan individu-individu dan organisasi-organisasi  pelbagai saiz dengan perkhidmatan, perkakasan dan perisian keselamatan yang telah memenagi pelbagai anugerah.

Izham berkata KUB Malaysia akan melabur dalam Pusat Operasi Keselamatan untuk menyediakan persekitaran selamat bagi menempatkan operasi MSS setiap masa, di mana Cybertrust dan Trend Micro akan berkongsi teknologi canggih mereka dengan KUB.

“Kami berkerjasama dengan rakan niaga bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan keselamatan IT institusi-institusi kewangan, perniagaan-perniagaan dalam pelbagai industri dan agensi-agensi kerajaan di Malaysia dan juga rantau ini.

“Sembilan puluh lima peratus daripada pencerobohan atau krisis keselamatan berpunca daripada dalam organisasi dan hanya lima peratus merupakan ancaman luaran. Matlamat kami adalah untuk bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk melindungi infrastruktur IT organisasi di peringkat asas dan desktop dari ancaman luar dan dalaman,” ujar Izham.

Paul O’Rourke dari Cybertrust menyaksikan  peluang pasaran yang luas bagi MSS di Malaysia dan berkata,” Organisasi di sini boleh memperolehi manfaat dari kepakaran kami dan perkhidmatan MSS untuk menilai keberkesanan dan kecekapan operasi keselamatan mereka.”

Sementara itu, menurut Goh Chee Hoh daripada Trend Micro, “Kami memahami bahawa organisasi sangat menitikberatkan keselamatan infrastruktur IT mereka dan Produk & Perkhidmatan Trend Micro akan mampu menyediakan para pelanggan dengan perlindungan dan keyakinan yang membolehkan mereka melaksanakan operasi mereka dengan terurus.”

Mengenai keputusan KUB untuk menerokai keselamatan IT dan MSS, Izham berkata bahawa keselamatan di Malaysia merupakan salah satu segmen IT yang paling pesat berkembang di dalam negara.

“Menurut laporan daripada Frost and Sullivan lagi, MSS di Malaysia menikmati pertumbuhan sebanyak 55 peratus atau RM35 juta hasil pada 2005 dan pertumbuhan MSS diramal akan meningkat, dengan hasil dianggarkan mencecah RM185.4 juta menjelang 2012.

“Bagi tahun 2007, kajian menunjukkan 40 peratus daripada syarikat-syarikat di Malaysia merancang untuk meningkatkan pengguna perkhidmatan MSS dan terutamanya kerana kos tinggi dalam mengekalkan pekerja dengan kemahiran IT, serta ia membolehkan organisasi memberi tumpuan kepada perniagaan teras mereka.

Menurut Izham lagi, pertumbuhan pesat keselamatan IT dan pasaran MSS seiring dengan matlamat kami untuk mengukuhkan unit ICT kami di mana ia merupakan salah satu penyumbang utama kepada keuntungan syarikat.

Bagi tempoh suku ketiga 2006, bahagian ICT KUB Malaysia menyumbang 40 peratus kepada perolehan kumpulan syarikat yang berjumlah RM690 juta.

 

 

By Shanai
Published: March 6, 2007
Print    Email


View Comments (0)


Petikan Akhbar

Intel jangka permintaan baik untuk cip komputer
Utusan Malaysia
Samsung F480 pencabar iPhone
Utusan Malaysia
Komputer pelayan jimat tenaga
Utusan Malaysia
Memikat golongan profesional
Utusan Malaysia
Shah Alam tanpa wayar
Utusan Malaysia
Suis Ethernet lebih laju
Utusan Malaysia
Yahoo: Microsoft, Icahn lancar serangan baru
Utusan Malaysia
Remaja bebas tuduhan jenayah siber, diarah bantu polis
Utusan Malaysia
iPhone 3G Internet kini lebih pantas
Utusan Malaysia
iPhone ancam pasaran telefon dan permainan konsol
Utusan Malaysia
Liputan telekomunikasi naik 97% 2010
Utusan Malaysia
Pergerakan pantasTV LCD
Utusan Malaysia
Ramai berjaga malam berbaris beli iPhone
Utusan Malaysia
Pertemuan wanita komuniti siber
Utusan Malaysia
Multimedia jadi elemen utama industri kreatif
Utusan Malaysia
Fungsi pintar serlahkan kreativiti
Utusan Malaysia
Malaysia mahu anggota NAM rapatkan jurang digital
Utusan Malaysia
i-Bhd. labur RM94j sedia khidmat IT
Utusan Malaysia
Kos penyediaan telekomunikasi Nusajaya RM600j
Utusan Malaysia
Kemudahan Internet percuma di MPSJ
Utusan Malaysia


PUTERA.com


© 1998-2008 Khazanah Maya Computer Systems Hubungi Kami | Derma | Terma | Polisi