Brother tawar hadiahkan RM150,000 Print EmailBrother International (Malaysia) Sdn Bhd, pemimpin dalam pembangunan dan perusahaan teknologi bidang percetakan, komunikasi dan pengimejan digital untuk kediaman, Pejabat Kecil dan Pejabat Kediaman (SOHO) dan perniagaan, hari ini mengumumkan satu kejutan lumayan buat penggunanya ketika melancarkan Peraduan Bonanza Tunai Brother (“Brother Cash Bonanza Contest”) yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM150,000, di pejabatnya sini.
Sejumlah 250 hadiah wang tunai ditawarkan melalui 10 cabutan Peraduan Bonanza Tunai Brother. Menurut Pengarah Urusan Brother International (Malaysia) Sdn Bhd, Encik Tomosaburo Tsuji, syarikat melancarkan peraduan itu bagi menghargai pengguna Malaysia yang memberi sokongan padu kepada jenama Brother selama ini. "Tujuan kami ialah membuat kejutan tahun baru dengan menghargai pelanggan kami yang menjulang jenama kami ke tempat pertama dalam industri pelabel elektronik dan tempat tiga teratas dalam industri pencetak laser, pusat pelbagai fungsi laser dan pusat pelbagai fungsi inkjet dalam jangkamasa hanya 5 tahun," kata En. Tsuji. "Kami rasakan hadiah tunai adalah pilihan terbaik buat pelanggan kami supaya tidak teragak-agak hajat sebenar mereka. Ini kerana kami sedar, minat dan kehendak mereka sama luas dengan rangkaian produk kami. Kami juga mahu pelanggan menikmati manisnya kemenangan hasil sokongan mereka dalam memilih jenama Brother," terang beliau, merujuk kepada 250 hadiah tunai yang ditawarkan peraduan itu. Pelanggan mampu menyertai Peraduan Bonanza Tunai Brother dengan memilih daripada rangkaian produk Brother yang memenuhi keperluan percetakan dokumen dan foto, pengimbasan, penyalinan, pemfaksan, penaipan, pelabelan dokumen dan penjahitan. Brother juga dikenali dengan produk inovatif yang tahan lama dan direka bagi mengurangkan bahan buangan pencemar dan menjimatkan tenaga. Namun, harganya tetap berpatutan. "Peraduan Bonanza Tunai Brother adalah cara terbaik menghargai pelanggan yang memilih produk mesra alam kami yang lebih ekonomi, inovatif dan tahan lama, malah disertai khidmat sokongan pasca-jualan yang cemerlang," kata En. Tsuji. Setiap produk Brother disertai waranti sekurang-kurangnya selama 12 bulan bagi pembaikan bawa sendiri atau di lokasi, bergantung kepada model. Ada lebih daripada 30 Pusat Khidmat Brother di seluruh negara, dibuka setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut Peraduan Bonanza Tunai Brother, produk dan pengedar yang terlibat dan terma & syarat, sila layari www.brother.com.my atau hubungi 03.7680.9999. MENGENAI BROTHER INTERNATIONAL MALAYSIA SDN BHD Published: April 17, 2007 Print EmailView Comments (0) Petikan Akhbar Pertemuan wanita komuniti siber Utusan Malaysia Multimedia jadi elemen utama industri kreatif Utusan Malaysia Fungsi pintar serlahkan kreativiti Utusan Malaysia Malaysia mahu anggota NAM rapatkan jurang digital Utusan Malaysia i-Bhd. labur RM94j sedia khidmat IT Utusan Malaysia Kos penyediaan telekomunikasi Nusajaya RM600j Utusan Malaysia Kemudahan Internet percuma di MPSJ Utusan Malaysia Waspada radiasi menara telekomunikasi Utusan Malaysia Bayar cukai tanah melalui Internet Utusan Malaysia HP jangka kekal terajui pasaran Utusan Malaysia Siber kafe di perpustakaan universiti Utusan Malaysia Polis lancar pusat media, portal Utusan Malaysia Program Rakan Muda Siber dilancar Utusan Malaysia Belia akan dilatih jadi wartawan media cetak, elektronik Utusan Malaysia Segalanya dalam satu Utusan Malaysia LHDN tukar alamat laman web Utusan Malaysia Lebih banyak Medan Info Desa, Pusat Internet Desa dibina Utusan Malaysia Kemajuan K-ekonomi dipantau Utusan Malaysia Undang-undang urus niaga elektronik dikaji semula Utusan Malaysia Sarawak nikmati Internet jalur lebar dalam tempoh dua tahun Utusan Malaysia |
|

Pengguna yang membeli pusat pelbagai fungsi laser atau inkjet, pencetak laser, mesin faks, pelabel elektronik, mesin taip atau mesin jahit Brother antara 5 Februari 2007 dan 4 Mei 2007 mampu menenangi antara 25 hadiah wang tunai setiap cabutan. Dari hadiah saguhati berjumlah RM188 kepada hadiah utama berjumlah RM3,888, kesemuanya mampu dimiliki dengan hanya menyertai peraduan menulis slogan.
Sorry, your account does not have access to post comments.