Laman UtamaWikiTanyaEnglishArtikelRingtonesKomunitiGamesChatSearch

Menu

Berita
Rencana
  
Umum
   Bisnes
   Internet
   Perkakasan
Tips
  
Windows
   Perisian
  
Perkakasan
   Internet
Tutorial
  
Pengaturcaraan
   Perisian


Advertising


Sponsors

Alamat tapak web cerminkan jenis kandungan

Print    Email

Melayari Internet membolehkan begitu banyak maklumat-maklumat baru yang anda akan temui dan ketahui. Internet memainkan peranan yang penting selain daripada medium akhbar, radio dan televisyen untuk menyampaikan maklumat.

Dari hari ke hari, berpuluh-puluh tapak dan laman web baru akan muncul, ini membolehkan lebih banyak maklumat disalurkan. Namun jumlahnya yang terlampau banyak boleh membuatkan anda sering terlupa mengenai alamat sesebuah tapak atau laman web.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menanda laman tersebut menggunakan penanda buku (bookmark) atau favorites yang terdapat dalam perisian pelayar web.

Pada kebiasaannya sesebuah alamat tapak web akan dimulai dengan perkataan WWW yang bermaksud World Wide web dan berakhir dengan domain atau perkataan-perkataan singkatan seperti net singkatan bagi perkataan network, com (communication), org (organization) dan edu (education).

Sebenarnya alamat sesebuah tapak web itu penting bagi menentukan jenisnya, terutamanya tapak-tapak web untuk organisasi sama ada  untuk perniagaan, pendidikan dan sebagainya. 

Ini kerana selain dari menggunakan nama organisasi itu sendiri, perkataan pada belakang alamat tersebut lebih penting kerana ianya mencerminkan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang mereka lakukan ataupun kandungan yang disediakan.

Oleh yang demikian adalah penting bagi sesebuah organisasi tersebut untuk menentukan jenis alamat tapak web mereka, walaupun mereka tidak mempunyai banyak pilihan.

Jika anda inginkan alamat tapak web yang berwajah Malaysia, maka dapatkan alamat dengan .my di belakangnya. Ia merupakan khusus untuk tapak web milik rakyat Malaysia sahaja.

Selain daripada singkatan-singkatan perkataan yang disebutkan di atas, terdapat trend masa kini yang turut menggunakan singkatan perkataan dari negara lain seperti .to, .tv, .cc, .ws dan sebagainya.

Dengan adanya nama-nama domain berbeza ini, mungkin banyak organisasi yang mempunyai alamat laman web sedia ada ingin bertukar ke alamat yang baru untuk disesuaikan dengan bentuk organisasi mereka.

Walau bagaimanapun yang pastinya organisasi-organisasi tersebut perlu segera mendaftarkan alamat-alamat domain tersebut dengan pendaftar-pendaftar domain yang telah dilantik, contohnya MYNIC untuk .my.

Seolah-olah menjadi sesuatu kemestian pada masa kini sesebuah organisasi itu perlu memiliki tapak webnya sendiri jika mereka berhasrat untuk memperkenal serta memajukan lagi perniagaannya di serata dunia, dan tidak menggunakan nama yang panjang berjela-jela.

 

By Shanai
Published: May 5, 2001
Print    Email


View Comments (0)


Sponsored Links
PUTERA.com
     

© 1998-2007 Khazanah Maya Computer Systems Hubungi Kami | Derma | Terma | Polisi