Laman UtamaWikiTanyaEnglishArtikelRingtonesKomunitiGamesChatSearch

Menu

Berita
Rencana
  
Umum
   Bisnes
   Internet
   Perkakasan
Tips
  
Windows
   Perisian
  
Perkakasan
   Internet
Tutorial
  
Pengaturcaraan
   Perisian


Advertising


Sponsors

Menguruskan e-mel secara lebih efektif

Print    Email

Menapis e-mel

Pilihan menapis e-mel pada Netscape Mesengger dikenali sebagai Message Filters dan boleh dicapai dari menu Edit manakala pada Outlook Express pula ia dikenali sebagai Message Rules dan terdapat pada menu Tools.

Kedua-dua pilihan ini masing-masing akan dapat mengenalpasti ciri-ciri e-mel yang dikehendaki dan memindahkannya ke folder yang diingini, mahupun terus ke tong sampah (Deleted Items pada Outlook Express dan Trash pada Netscape Mesengger).

Ciri ini sungguh berguna apabila anda tidak ingin membuang masa dengan membaca e-mel yang tidak diperlukan serta memudahkan sekiranya anda hendak mencari satu-satu e-mel penting dan tidak mahu memenatkan mata meneliti satu persatu daripada ratusan e-mel yang diterima.

Kita lihat bagaimana hendak menghalang, mengisih dan memadamkan mesej-mesej e-mel ini secara automatik menggunakan perisian kesukaan anda.

Menguruskan e-mel secara lebih efektif - Outlook Express

Jika anda menggunakan Outlook Express, mulakan dengan mencipta folder-folder yang akan digunakan untuk menempatkan e-mel yang hendak ditapis.

Katakan anda melanggan Buletin PUTERA.com  dan ingin semua e-mel ini disimpan di dalam satu folder yang berasingan. Pada tetingkap Outlook Express, di panel sebelah kiri, tunjukkan tetikus pada Local Folder dan klik butang kanannya.

Satu pop-up menu akan dipaparkan dengan beberapa pilihan. Ambil pilihan New Folder.., taipkan "Berita" dan klik OK. 

Anda akan dapati senarai folder di bawah Local Folder yang sebelum ini hanya mengandungi Inbox, Outbox, Sent Items, Deleted Items dan Drafts akan ditambah dengan folder baru Berita. Ulang langkah ini untuk menghasilkan folder lain jika perlu.

Jika anda melanggan banyak surat berita daripada pihak yang berlainan, mungkin anda ingin menghasilkan subfolder di dalam folder Berita tadi.

Untuk menghasilkan subfolder, anda cuma perlu tunjukkan tetikus pada folder "Berita", klik butang kanan dan hasilkan subfolder dengan mengklik pada pilihan New folder...

Jika anda perhatikan, akan didapati bahawa semua folder yang telah dihasilkan itu akan mempunyai ikon yang serupa setiap satunya tetapi berbeza dengan folder yang sedia ada. Ini adalah untuk membezakan folder ini dengan folder sistem yang ditandakan dengan ikon berlainan.

Setelah selesai menghasilkan folder-folder yang berkaitan, kita perlulah pula menentukan kriteria penapisan. Daripada menu Tools, klik pada Message Rules, serta pilih Mail dan satu tetingkap baru dibuka.

Untuk mengasingkan setiap e-mel yang diterima, katakan daripada buletin@putera.com agar ia terus ditempatkan di dalam folder Berita secara automatik dan tidak melonggok di dalam folder Inbox, mula-mula klik pada butang New dan tetingkap New Mail Rule akan dipaparkan. 

Anda akan dipaparkan dengan empat bahagian iaitu 1. Syarat-syarat (Conditions), 2. Tindakan (Actions), 3. Deskripsi Peraturan (Rules Desciption) dan 4. Nama.

Di bahagian Conditions, tandakan pilihan syarat-syarat yang ingin dikenakan, contohnya berdasarkan maklumat pengirim (where the From line contains people) dan di bahagian Actions pula, tandakan pada Move it to spesific folder. Jika anda perhatikan di bahagian ketiga, pernyataan "Apply this rule after the message arrives Where the From line contains people  Move it to the specified folder" akan secara automatik dipaparkan.

Klik pada contains people untuk memasukkan maklumat pengirim, iaitu "buletin@putera.com" dalam satu tetingkap baru yang akan dipaparkan. Klik butang Add apabila selesai. Untuk maklumat ini, anda tidak semestinya memasukkan alamat e-mel lengkap si pengirim, sebaliknya boleh menggunakan sebahagian sahaja ataupun nama penuhnya, contohnya "@putera.com", "buletin@putera" atau  "putera.com".

Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati agar tidak menyebabkan e-mel lain termasuk sekali dalam tapisan ini, contohnya jika anda memasukkan "@putera.com" atau "putera.com" maka e-mel seperti webmaster@putera.com, info@putera.com dan seumpamanya akan turut dikira sama.

Seterusnya klik pula pada specified untuk menentukan folder mana e-mel ini hendak diisihkan. Pada tetingkap kecil yang dipaparkan, klik pada folder Berita yang dihasilkan tadi dan kemudian klik butang OK.

Anda akan dapat saksikan perubahan yang dibuat ini pada bahagian ketiga tadi. Akhir sekali berikan satu nama kepada penapis ini di bahagian keempat dan klik pada OK.

Menghalang kemasukan e-mel

Bagaimana pula jika ada e-mel daripada "jahat@israel.net" yang sering mengganggu anda?

Untuk menangani masalah ini, ciptakan satu lagi penapis baru dengan mengklik pada butang New, di bahagian syarat, tandakan pilihan pertama manakala di bahagian tindakan, tandakan pada pilihan Delete it ataupun Delete it from server

Di bahagian deskripsi, klik pada contains people serta masukkan e-mel jahat@israel.net dan klik pada Add, kemudian OK.

Hasilnya, semua e-mel daripada "jahat@israel.net" akan terus dihantarkan ke folder Deleted Items (untuk dipadamkan) secara automatik dan tidak lagi menyemak di dalam folder Inbox. Jika anda memilih syarat Delete it from server, ia akan terus dipadamkan dari komputer pelayan e-mel tanpa dipindah terima terlebih dahulu.

Memadamkan bom e-mel

Mail bomb diiertikan sebagai satu atau lebih e-mel yang bersaiz sangat besar (beberapa MB) yang dihantar kepada satu atau lebih penerima yang menyebabkan masa yang teramat lama diperlukan olehnya untuk memindah terima mesej e-mel berkenaan dan e-mel lain selepasnya.

Suatu hari jika anda menghidupkan komputer dan cuba untuk memeriksa e-mel, malangnya proses memindah terima tiba-tiba tersangkut pada satu e-mel yang kelihatan mengambil masa yang tersangat lama untuk diselesaikan, maka itu tanda-tanda yang menunjukkan andamungkin telah kena bom.

Memadamkan flood mail

Flood diertikan sebagai sejumlah e-mel yang banyak (beratus-ratus atau beribu-ribu) dihantar kepada satu atau lebih penerima

Berdasarkan penapisan yang kita telah buat ini juga, mana-mana e-mel yang tidak `tersangkut' pada sebarang penapis akan dihantarkan ke folder Inbox.



« Previous Page | Page 2 of 3 | Next Page »
By Shanai
Published: January 27, 2001
Print    Email


View Comments (0)


Sponsored Links
PUTERA.com
     

© 1998-2007 Khazanah Maya Computer Systems Hubungi Kami | Derma | Terma | Polisi