Laman UtamaWikiTanyaEnglishArtikelRingtonesKomunitiGamesChatSearch

Menu

Berita
Rencana
  
Umum
   Bisnes
   Internet
   Perkakasan
Tips
  
Windows
   Perisian
  
Perkakasan
   Internet
Tutorial
  
Pengaturcaraan
   Perisian


Advertising


Sponsors

Menguruskan e-mel secara lebih efektif

Print    Email

E-MEL sudah menjadi satu keperluan asas dalam dunia siber masa kini. Sesiapapun boleh dikatakan sudah memiliki e-mel masing-masing, tidak kira e-mel percuma seperti Mel @Putera, Hotmail, Yahoo Mail yang didaftar semasa singgah di kafe siber ataupun yang diperolehi dengan melanggan perkhidmatan TMnet, Jaring, TIMEnet, MaxisNet atau seumpamanya.

E-mel bukan sahaja digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej penting, tetapi juga mengeratkan silaturrahim, bercinta, berkomplot ataupun sekadar meng-forward gambar-gambar menarik yang dijumpai semasa melayari Internet.

Malangnya semakin hari, kita mendapati peti e-mel semakin penuh dengan e-mel yang entah dari mana datangnya sehingga mesej-mesej penting bercampur aduk dengan mesej-mesej yang kurang penting ataupun yang tidak diundang langsung.

Apabila e-mel yang diterima semakin banyak, sukar untuk menanganinya lebih-lebih lagi mereka yang ada melanggan perkhidmatan surat berita (newsletter) daripada pihak tertentu di Internet, umpamanya daripada IntelligentX, NBCi-XOOM, Inyouremail dan bermacam-macam lagi.

Seringkali juga terdapat "e-mel sampah" yang tidak ingin kita terima datang entah dari siapa, kadang-kadang menggunakan huruf-huruf yang tidak kita fahami dan memenuhi kotak e-mel lalu memaksa kita memadamkannya satu persatu.

Dari mana si pengirim mendapat alamat e-mel kita? Itu satu masalah lain tapi persoalan yang lebih penting sekarang, bagaimana kita hendak menangani semua e-mel yang diterima itu?

Dua perisian e-mel yang popular pada masa kini iaitu Outlook Express 5.0 yang dibekalkan bersama Microsoft Internet Explorer 5.0 dan Netscape Mesengger  yang merupakan salah satu komponen Netscape Communicator 4.6 akan memudahkan anda menguruskan masalah ini.

Kebanyakan perisian e-mel yang lain serta perkhidmatan e-mel percuma berasaskan web turut menyediakan kemudahan seperti ini, kita akan cuba melihat bagaimana proses ini dilakukan menggunakan perisian ataupun laman web itu.



Page 1 of 3 | Next Page »
By Shanai
Published: January 27, 2001
Print    Email


View Comments (0)


Sponsored Links
PUTERA.com
     

© 1998-2007 Khazanah Maya Computer Systems Hubungi Kami | Derma | Terma | Polisi