Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts

Friday 6 January 2012

Kamera kompak hibrid Nikon


Mempertaruhkan kepantasan sistem penderia auto fokus dan kepantasan sistem pemprosesan imej menerusi penderia imej CMOS, Nikon kini memperkenalkan siri baru keluarga kamera kompaknya iaitu Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1.
Kedua-duanya merupakan model pertama bagi siri Nikon 1 yang juga kamera kompak digital lensa boleh tukar dijana oleh enjin pemproses kelajuan tinggi - EXPEED 3.
Penderia imej CMOS juga dipertingkatkan kepada format CX menggantikan format sistem yang sedia ada iaitu Nikon FX dan DX.
Malah, Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1 turut dilengkapi dengan sistem tapak lensa (lens mount) yang terbaru.
Bersama sistem tapak lensa terbaru ini, ia bukan sahaja menyokong lensa dari jenis 1 NIKKOR VR 10-30 milimeter (mm) f/3.5-5.6, 1 NIKKOR VR 30-110mm f/3.8-5.6, 1 NIKKOR 10mm f/2.8 and 1 NIKKOR VR 10-100mm f/4.5-5.6 PD-ZOOM sahaja malah tapak lensa F-NIKKOR.
Selain itu, sensitiviti maksimum untuk ISO juga turut dipertingkatkan dari 100 hingga 3200 kepada ISO maksimum 6400 bersama mod Hi 1.
Ia juga memiliki tiga jenis mod pemeteran iaitu Matrix Metering, Center-Weighted Metering dan Spot Metering.
Reka bentuk kedua-dua kamera itu juga lebih ringan dan kompak selain mudah untuk dioperasikan menjadikan keduanya sangat sesuai untuk kegunaan seharian.
Ia sesuai untuk dibawa ke mana-mana majlis khas, percutian serta merakam aktiviti seharian atau kejadian yang tidak dijangka.
Terdapat empat mod pilihan untuk merakam gambar pegun (still imej) mahu pun video iaitu Motion Snapshot, Smart Photo Selector, Still Image serta Movie.
Antara lebihan lain adalah sistem auto fokus hibrid iaitu integrasi antara sistem auto fokus serta poin pemfokusan yang lebih jelas bagi memudahkan rakaman subjek yang sedang bergerak laju.
Kelebihan tersebut membolehkan pemiliknya merakamkan subjek yang sedang bergerak seperti aktiviti sukan, kanak-kanak atau haiwan yang mana pergerakannya sukar diramal.
Di tambah dengan kelajuan rakaman 10 rangka sesaat (fps) secara berterusan membolehkan pelbagai situasi dapat dirakam dengan baik.
Bagi mod Motion Snapshot, ia berfungsi bagi menggabungkan imej pegun bersama video bagi memberikan kesan situasi dramatik pada imej yang dirakamkan.
Terdapat empat tema dalam mod ini yang boleh dipilih seperti Beauty, Waves, Relaxation dan Tenderness.
Manakala mod Smart Photo Selector bertindak sebagai pemilih gambar yang terbaik untuk di simpan di mana gambar yang tidak menepati kehendak seperti gambar kabur tidak akan disimpan.
Ia bertujuan memudahkan pemiliknya menyimpan gambar yang terbaik dan turut menjimatkan ruang unit penyimpanan data imej.
Bagi Nikon 1 J1, ia dilengkapi skrin paparan TFT LCD 460k-dot seluas 3.0 inci. Mana kala Nikon 1 V1 pula dilengkapi skrin paparan TFT LCD 921k-dot juga seluas 3.0.

View the original article here

Penulis Tamu

Anda dijemput untuk menjadi Penulis Tamu di PUTERA.com! Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More