Saturday 26 October 2002

Notebook dan projektor LCD di setiap sekolah


KOMPUTER notebook dan projektor LCD adalah antara peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dijangka akan dibekalkan ke sekolah-sekolah sebagai sebagai persediaan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan.

Utusan Online melaporkan Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGM) Sanip Suradi berkata, sekolah berkenaan akan mula menerima peralatan tersebut pada pertengahan Disember ini.

Menurut beliau, guru-guru mata pelajaran terbabit dijangka akan memperolehi satu komputer notebook untuk kegunaan masing-masing dan diharapkan mereka mempunyai cukup masa untuk menyesuaikan diri dengan alat-alat tersebut.

Menurut beliau lagi, guru-guru yang terlibat sedang mengikuti kursus mengendalikan komputer berkenaan dan ia dijangka tamat pada pertengahan Disember ini, dan penyerahan awal komputer berkenaan akan membolehkan mereka membiasakan diri.

Selain soal pengagihan, GMGM juga akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pendidikan untuk melantik juruteknik khas bagi sekolah masing-masing untuk menyelesaikan sendiri masalah-msalah teknikal yang mungkin timbul.

Katanya, dengan adanya juruteknik berkenaan, pihak sekolah tidak perlu menunggu terlalu lama bagi membaiki komputer-komputer yang rosak.

Penulis Tamu

Anda dijemput untuk menjadi Penulis Tamu di PUTERA.com! Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More