Penulis Tamu

Adakah anda rajin menulis (menaip)?
Adakah anda merupakan pakar dalam sesuatu bidang?
Adakah anda mempunyai blog sendiri?
Adakah anda ingin meluaskan perniagaan anda?
Adakah anda tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu?


Jadilah penulis tamu (guest blogger) di PUTERA.com dan tulislah artikel yang berguna kepada para pembaca kami dan juga diri anda!

Kami di PUTERA.com sedang mencari penulis-penulis tamu untuk menulis dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta perniagaan Internet. Jika anda mempunyai kepakaran dalam mana-mana bidang yang berkaitan, kami sangat mengalu-alukan anda untuk menulis artikel berdasarkan apa-apa tajuk yang dipilih oleh anda sendiri.

Artikel tersebut mestilah dalam bentuk perkongsian ilmu yang memberi info, mendedah atau mengajar pembaca tentang:

  • Suatu perkara, produk atau perkhidmatan yang baru
  • Suatu rahsia yang mereka belum tahu
  • Suatu teknik yang anda cipta dan tiada siapapun yang tahu
  • Suatu perkembangan yang patut mereka tahu
  • Suatu masalah yang ramai orang nak tahu penyelesaiannya
  • Suatu misteri yang ramai orang tertanya-tanya
Tulislah dalam sekitar 300 hingga 500 perkataan, gunalah segala teknik SEO yang anda tahu, dan di akhir artikel, saya benarkan anda meletakkan info penulis beserta link ke blog atau laman web anda! Fikirkan tentang article marketing !

Sila hubungi saya segera menerusi private message (PM) dalam http://forum.putera.com ataupun menerusi mesej di http://facebook.com/myshanai.

Shanai
Pengasas PUTERA.com


Penulis Tamu

Anda dijemput untuk menjadi Penulis Tamu di PUTERA.com! Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More