Monday 19 November 2012

10 sebab mengapa iPhone 5 tidak sesuai untuk anda


Sebagai pengguna, kita tidak seharusnya terlalu memandang kepada kekuatan jenama semata-mata. Kepelbagaian fungsi dan bagaimana gaya kehidupan seharian kita boleh menjadi faktor utama dalam memilih untuk membeli telefon pintar.


Di sini saya senaraikan sebab-sebab mengapa iPhone 5 mungkin tidak sesuai untuk anda miliki.

  1. Persaingan antara pengeluar-pengeluar telefon pintar yang lain
    Samsung, Nokia, HTC dan lain sedang berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar yang baik dan ianya memang terbukti lebih baik.
  2. Harga
    Sudah pasti iphone 5 dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding telefon-telefon pintar yang lain walaupun fungsinya tidak setanding dengan telefon pintar yang lain.
  3. Nano SIM
    Difahamkan iPhone 5 menggunakan kad SIM terbaru iaitu nano SIM, kad SIM ini masih terhad penggunaannya di Malaysia.
  4. 1800mhz 4G/LTE
    Mengenai kelajuan, tidak dinafikan iphone 5 memiliki kelajuan data yang terpantas, tetapi tidak semua operator di Malaysia menyokongnya dan jika anda berada di kawasan luar bandar, iphone 5 hanyalah sebuah telefon pintar yang biasa sahaja. Di Asia Tenggara, hanya Singapura yang menyokong jaringan LTE.
  5. Skrin
    Perbezaan yang ketara hanyalah saiz skrin yang lebih panjang (tidak lebar). Telefon pintar yang lain seperti Samsung Galaxy S3, Nokia Lumia 920 memiliki bukan sahaja skrin yg besar, malah lebih jelas terang.
  6. NFC
    Ramai yang tertanya-tanya, mengapa iphone tidak dilengkapi dengan funngsi NFC (Near Field Communications). Ini ada fungsi yang membolehkan pengguna berkongsi fail dengan sentuhan sahaja. Fungsi ini sudah digunakan dengan meluas dan bolh didapati pada telefon S3 ataupun Lumia 920.
  7. System Operasi (OS)
    Iphone 5 menggunakan OS terbaru dari Apple iaitu iOS 6, walaubagaimanapun pengguna iphone 4/4s masih boleh menaik taraf sistem operasi mereka kepada iOS 6, telefon lain seperti S3 menggunakan Android yang luas digunakan dan Nokia kini menggunakan sistem operasi Windows 8 yang lebih mesra pengguna.
  8. Peta dan GPS
    Agak mengejutkan apabila Apple membuang aplikasi Google Maps dan menggantikannya dengan Apple Maps. Tiada apa yang berbeza tetapi ianya tidak efisyen seperti Google Maps yang luas digunakan. Nokia pula tetap kekal dengan Nokia Maps dan ditambah dengan pelbagai fungsi agar mesra pengguna dan yang lebih penting, ianya percuma.
  9. Kamera
    Difahamkan kesemua telefon pintar yang terbaru di pasaran kini menampilkan kamera yang beresolusi tinggi. Ini termasuklah iphone 5. Namun begitu, telefon lain menawarkan fungsi yang sama malah ada yang lebih baik pada harga yang rendah.
  10. Aksesori
    Akhir sekali, aksesori iphone 5 masih lagi mahal dan sukar untuk mendapatkan yang benar-benar tulen. Telefon pintar yang lain menawarkan pelbagai aksesori dengan harga yang lebih berpatutan.

- PUTERA.com/Sham Azril

Penulis Tamu

Anda dijemput untuk menjadi Penulis Tamu di PUTERA.com! Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More