Seminar Internet Business Live 2
Saya akan menghadiri seminar Internet Business Live 2 anjuran bersama Patric Chan dan Ewen Chia di Kuala Lumpur pada 1 & 2 Oktober ini. Sesiapa yang berminat jomlah join sama, yuran seminar adalah RM97 sahaja untuk 2 hari.
Seminar ini akan membincangkan mengenai bagaimana hendak membuat duit secara online atau lebih tepat lagi memulakan perniagaan Internet yang hanya memerlukan masa 2 hari sahaja. Klik sini untuk maklumat lanjut http://bit.ly/BizInternet2011
- Shanai
Forum PUTERA.com kini sudah kembali!!
Setelah koma selama sebulan lebih, kini forum Putera.com kembali menemui anda setelah kerja-kerja penggantian harddisk selesai. Terima kasih kepada FryShadow yang bertungkus lumus untuk menghidupkan kembali forum walaupun pada masa yang sama sibuk dengan kedatangan cahaya mata baru ke dalam hidupnya :)
Terima kasih juga kepada para moderator dan insan-insan lain di belakang tabir yang tidak pernah berhenti daripada menyokong Putera.com. Hanya Allah yang mampu membalas budi dan jasa baik kalian semua.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua pengguna serta pengikut setia Putera.com yang sudi bertandang dan menghidupkan lagi Putera.com, koranglah nyawa Putera.com!!
- Shanai
