Showing posts with label telefon. Show all posts
Showing posts with label telefon. Show all posts

Thursday 26 January 2012

Microsoft bayar Nokia US$250j untuk guna Windows


Laporan kewangan syarikat Nokia mendedahkan bahawa Microsoft telah membayar sebanyak US$250 juta pada suku ke-4 2011 supaya menggunakan Windows dalam telefon mereka.

Kedua-dua syarikat itu sebelum ini agak liat untuk mendedahkan jumlah pelaburan yang terlibat dalam usahasama mereka, namun statistik dari laporan itu menunjukkan ia adalah permulaan kepada subsidi dari Microsoft yang dijangka mencecah bilion.

"Perjanjian strategik luas kami dengan Microsoft merangkumi bayaran sokongan platform dari Microsoft kepada kami dan juga bayaran royalti perisian dari kami kepada Microsoft," kata Nokia dalam laporan kewangannya. "Kami punyai struktur royalti perisian yang kompetetif yang termasuk komitmen royalti minimum."

Perjanjian itu membayangkan Nokia hanya membayar dalam jumlah yang kecil kepada Microsoft untuk menggunakan Windows Phone dalam setiap telefonnya jika dibandingkan dengan pemegang lesen lain seperti HTC dan Samsung.

Menurut Nokia, untuk sepanjang hayat perjanjian itu, kedua-dua bayaran sokongan platform dan komitment royalti minimum dijangka akan mencecah berbilion dolar.

Nokia Lumia 900
Nokia dianggarkan telah menjual 1 juta telefon menggunakan Windows Phone pada November hingga Disember lalu untuk pasaran Eropah pada model Nokia Lumia 710 dan 800. Pasaran di Amerika Syarikat pula baru dimulakan dengan model Lumia 710. Model Lumia 900 pula dijangka akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah akhir tahun nanti.


Microsoft dan Nokia dijangka akan teruji apabila Windows Phone dibawa memasuki pasaran 'yang sedang berkembang' yang secara tradisionalnya telefon bajet rendah Nokia menguasai pasaran mendahului Samsung atau Apple, seperti di Asia.

- PUTERA.com

Saturday 14 January 2012

Samsung Galaxy W dan Galaxy Y untuk remaja



JENAMA Galaxy bagi produk telefon pintar dan komputer tablet daripada Samsung terus mendapat tempat di hati penggemar gajet negara ini.
Selain model sedia ada, syarikat teknologi tersebut baru-baru ini memperkenalkan dua lagi model telefon bimbit pintar terbaru untuk portfolio yang sama.
Samsung Galaxy W dan Samsung Galaxy Y hadir bagi melengkapkan keperluan komunikasi golongan muda yang sentiasa mencari gajet bergaya, segar serta mempunyai fungsi lengkap.
Kedua-duanya disempurnakan bersama reka bentuk dan kemasan cukup menarik selain dilengkapi prestasi komunikasi mobiliti unggul.
Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, pihaknya sentiasa komited mencari kelainan dalam setiap produk yang dihasilkan menerusi aktiviti kajian inovasi secara berterusan.
"Tujuan inovasi ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap peringkat pengguna mengaplikasi telefon bimbit pintar secara lebih ideal.
"Apa yang unik mengenai model-model ini, kedua-duanya dibangunkan hasil gabungan idea sasaran pengguna profesional dan juga remaja.
"Menerusi pendekatan itu, kami yakin dan percaya ia mampu mewujudkan fenomena kejayaan baru untuk rangkaian produk Galaxy Samsung,'' katanya.
Untuk Samsung Galaxy W, ia dilengkapi spesifikasi teknologi yang cukup menarik di mana ia disokong oleh pemproses berkuasa 1.4GHz, sistem operasi Android Gingerbread 2.3 serta sambungan rangkaian HSDPA 14.4 Mbps.
Bagi fungsi paparan, model berkenaan tersedia dengan skrin sentuh TFT-LCD 3.7 inci sesuai untuk pelaksanaan aktiviti permainan video, pelayaran web dan tontonan video.
Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi aplikasi Samsung Game dan Music Hubs sebagai pelengkap aktiviti hiburan selain aplikasi Kies Air untuk membantu pengguna menjejak telefon mereka sekiranya disalah letak.
Sementara bagi model Samsung Galaxy Y, keunikannya ditampilkan pada pilihan warna-warna ceria seperti putih mutiara, oren, merah jambu, silver dan hitam untuk penutup belakang telefon itu.
Model kompak dengan ketebalan hanya 11.5 milimeter (mm) itu turut dipacu antaramuka TouchWiz untuk tawaran pengalaman operasi intuitif yang ringkas dan lancar.
Daripada segi saiz pula, ia selesa untuk genggaman di tapak tangan dan sesuai dimuatkan di poket menjadikannya sesuai dibawa ke mana-mana untuk keperluan hiburan pengguna.
Samsung Galaxy W dan Samsung Galaxy Y telah pun memasuki pasaran Malaysia dengan masing-masing dijual pada harga RM999 dan RM499.
Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www. samsung.com/my.

View the original article here

Thursday 12 January 2012

Pakej eksklusif iPhone 4S Maxis


TEPAT jam 12 tengah malam 16 Disember lalu, peranti telefon pintar iPhone 4S yang telah lama dinantikan peminat setia gajet tersebut secara rasmi memasuki pasaran Malaysia.
Dibawakan oleh syarikat pengendali telekomunikasi terkenal negara, Maxis Berhad (Maxis), peranti itu tersedia bersama tawaran pakej data mobiliti yang eksklusif.
Ia merupakan kesinambungan daripada kecemerlangan syarikat berkenaan menjadi peneraju dalam menawarkan peranti iPhone sejak tahun 2009.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Sandip Das, bagi menyokong servis iPhone 4S terbaru itu, pihaknya telah melakukan pelbagai perubahan besar dalam mengukuhkan operasi rangkaian, pelan dan juga aplikasi.
''Untuk iPhone 4S kali ini, pihak kami telah menerima tempahan awal sebanyak lebih 5,000 unit sejak beberapa bulan lalu.
''Melengkapkan fungsinya pula, Maxis ada menyediakan beberapa pilihan pelan menarik sesuai untuk semua peringkat pengguna,'' katanya pada majlis pelancaran iPhone 4S Maxis di Kuala Lumpur baru-baru ini.
iPhone 4S Maxis hadir bersama empat pilihan pelan iValue yang mengkombinasikan akses data dan Wi-Fi mobiliti sehingga 11 gigabit (GB) selain mempunyai spesifikasi produk yang cemerlang.
Bagi setiap pelan tersebut, ia dilengkapi data sambungan Wi-Fi 4GB sebulan secara percuma di kawasan hotspots Maxis seluruh negara.
Setakat ini, terdapat sebanyak 1,500 kawasan hotspots Maxis tersedia di beberapa lokasi seperti di pusat bandar, kediaman dan pusat membeli-belah.
Dengan kelebihan itu, ia akan memudahkan pengguna melakukan aktiviti pelayaran Internet, memuat turut, bersembang dalam talian, video streaming dan sebagainya di mana-mana sahaja mereka berada.
Di bawah pelan-pelan berkenaan juga, pengguna iPhone bakal dilengkapi aplikasi Khidmat Pelanggan Maxis terus daripada peranti telefon mereka.
Menerusi aplikasi itu, pengguna berpeluang mengakses informasi seperti maklumat bil, melanggan perkhidmatan tambahan serta mendapatkan sebarang bantuan servis daripada saluran yang betul.
Lebih menarik, pengguna yang melanggan sebarang pelan data akan dapat menikmati faedah kosong peratus selain boleh menaiktaraf pelan kegemaran mereka pada bila-bila masa.
Untuk kapasiti memori, peranti iPhone 4S disempurnakan bersama pilihan storan 16GB, 32GB dan 64GB.
Komitmen bulanan yang disediakan pula adalah RM100 (iValue 1), RM155 (iValue 2), RM250 (iValue 3) dan RM375 (iValue 4).
Daripada segi spesifikasi, peranti iPhone 4S dilengkapi beberapa kelebihan seperti pemproses dua teras dengan cip A5 untuk kelancaran prestasi dan paparan grafik cemerlang.
Sementara sistem operasinya iOS 5 pula menawarkan lebih 200 ciri termaju seperti iCloud untuk penyimpanan kandungan data secara bebas dan boleh diakses terus dari peranti iPhone, iPad, iPod Touch, Mac atau PC.
Fungsi kameranya turut dipertingkatkan melalui resolusi lapan megapiksel dengan keupayaan rakaman video definisi tinggi (HD) 1080p.
Pengguna yang berminat mendapatkan gajet berkenaan, mereka boleh memilikinya pada harga serendah RM1,450 untuk komitmen bulanan RM100, kapasiti memori 16GB dan kontrak selama 24 bulan.
Maklumat lanjut mengenai pakej dan pelan yang ditawarkan, sila layari www.maxis.com.my/iphone.

View the original article here

Thursday 5 January 2012

Motorola perkenal telefon pintar RAZR



MOTOROLA tidak mahu ketinggalan merancakkan dunia telefon bimbit pintar menerusi model terbaru mereka RAZR.
SELEPAS lama menyepi, syarikat teknologi Motorola Mobiliti Inc. tampil memperkenalkan produk telefon bimbit pintar terbaru mereka, Motorola RAZR dengan tawaran fungsi lebih eksklusif dan dinamik.
Masih kekal bersama platform RAZR, model itu dilihat bakal menyaingi pelbagai jenama peranti telekomunikasi moden yang banyak terdapat di pasaran.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Jualan, Motorola Mobiliti Asia Selatan, Robert van Tilburg, pengenalan gajet itu merupakan lanjutan daripada kecemerlangan model RAZR sebelum ini.
''Selepas mencatat jualan terbaik untuk model terdahulu, kini Motorola RAZR kembali dengan reka bentuk lebih bergaya dan berkuasa.
''Mereka yang mahu mencabar diri menikmati pengalaman telekomunikasi terbaik pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki model ini,'' katanya.
Motorola RAZR hadir bersama reka bentuk unik yang sangat ringan dan nipis iaitu hanya 7.1 milimeter (mm).
Lengkungan luarnya diperbuat daripada potongan aluminium berlian yang dibangunkan bersama material keluli tahan karat dan fiber KEVLAR.
Tidak cukup dengan itu, peranti kawalan sentuh penuh itu turut mengaplikasi teknologi skrin AMOLED termaju bersaiz 4.3 inci dengan kualiti kukuh tahan calar Corning Gorilla.
Menerusi fungsi antara muka yang lebih intuitif, Motorola RAZR membenarkan pelbagai aplikasi diaktifkan secara serentak pada satu-satu masa.
Bagi spesifikasi teknikalnya pula, model tersebut dipacu oleh pemproses dua teras 1.2GHz dan RAM DDR2 1GB dengan sokongan sistem operasi terpantas iaitu Android 2.3.5.
Lebih menarik lagi, ia tersedia bersama aplikasi Motorola MotoCast untuk akses kepada komputer peribadi secara terus daripada telefon bimbit bagi membolehkan pengguna mencari serta memuat turun fail atau media kegemaran mereka.
Fungsi kameranya juga tidak menghampakan kerana dilengkapi resolusi lapan megapiksel dan boleh merakam video definisi tinggi (HD) 1080p.
Dengan segala kelebihan itu, Motorola RAZR telah pun memasuki pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM1,999.

View the original article here

Monday 2 January 2012

Pengawal peribadi dalam telefon bimbit


Gunakan aplikasi EARs sebaik mengenalpasti diri anda dalam bahaya.
Benar kata orang malang tidak berbau. Dua situasi yang diketengahkan mencerminkan keadaan jenayah dan kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Statistik menunjukkan sebanyak 1,088 kemalangan kenderaan dan 10 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini.
Ia menunjukkan kadar jenayah dan situasi kecemasan semakin meningkat.
Justeru, semua pihak perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya wanita.
Mereka perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan situasi kecemasan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Jika dalam situasi kecemasan atau terdapat cubaan merogol dan sebagainya apa yang boleh dilakukan oleh kaum wanita terutamanya untuk menyelamatkan diri? Adakah cukup sekadar berlari sambil menjerit minta tolong?
Bagaimana pula jika kemalangan kenderaan? Bagaimana mahu memastikan pertolongan boleh diperolehi dengan segera?
Mungkin persoalan ini dapat dijawab sekiranya kita ada pengawal peribadi atau bodyguard yang sentiasa berada di sisi bagi memantau keselamatan kita.
Tetapi dalam dunia yang serba moden dan canggih ini pelbagai kemungkinan boleh diperoleh dalam menjaga keselamatan diri.
Yang penting setiap individu itu perlu mempersiapkan diri bagi berhadapan dengan situasi bahaya dan cemas.
Mungkin ilmu seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung apabila diserang atau membawa peralatan seperti semburan lada dan belantan.
Tetapi dengan perkembangan teknologi kini gajet yang kecil juga mampu menjadi bodyguard yang berkesan kepada golongan wanita.
Itu peranan yang ditawarkan oleh EARs (Emergency Assistance & Response Services).
Penggunanya hanya perlu membawa satu gajet khas dan apabila berada dalam situasi cemas atau bahawa mereka hanya perlu menekan butang amaran atau panik di telefon masing-masing.
Sebaik butang itu ditekan bantuan akan dihantar serta-merta.
EARs merupakan perkhidmatan keselamatan peribadi dan bantuan automotif seluruh negara yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang tersesat, terkandas atau memerlukan pertolongan kecemasan peribadi atau automotif.


View the original article here

Tuesday 22 November 2011

Facebook, HTC kerjasama hasilkan smartphone

Apa agaknya akan jadi apabila Facebook ada smartphone sendiri? Facebook baru-baru ini dilaporkan bekerjasama dengan HTC untuk membuat telefon yang mengkhusus kepada pengguna yang sukakan perkhidmatan rangkaian sosial, yang pastinya membuat lonjakan yang lebih dramatik dalam pasaran telefon pintar.



Telefon bimbit baru dengan nama kod "Buffy" itu katanya mungkin akan dikeluarkan antara 12 hingga 18 bulan akan datang. Telefon itu akan menggunakan OS berasaskan Android dan memberi penekanan ketara kepada pengintegrasian Facebook serta HTML5.

Mengikut analisis, semakin ramai pengguna Facebook mengakses laman web pada telefon pintar dan tablet, dengan 350 juta pengguna aktif. Itulah faktor penting yang membawa kepada keputusan Facebook untuk memasuki pasaran mudah alih. Rangkaian sosial yang mempunyai aplikasi yang berjalan di kedua-dua Android dan peranti IOS, tetapi bagi mereka yang lebih memfokuskan keupayaan rangkaian sosial, peranti yang dibina dari bawah ke atas dengan Facebook dalam fikiran boleh sesuai yang sempurna.

Apple mengintegrasikan Twitter terus ke dalam IOS 5 pada iPhone dan iPad, satu langkah yang akan meramaikan lagi pengguna pada rangkaian sosial.
Google+ juga diintegrasi dalam peranti mudah alih dengan Android baru Ice Cream Sandwich OS. Facebook masih mendahului dalam jumlah pengguna yang besar, tetapi menghadapi risiko ketinggalan dalam ruang yang mudah alih tanpa rakan kongsi OS.

Facebook pernah bekerjasama dengan HTC pada masa lalu untuk melancarkan telefon mudah alih, tetapi keputusan kurang memberangsangkan. HTC yang ditawarkan oleh AT&T mempunyai butang Facebook khusus yang membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar, video dan pautan muzik dengan mudah, tetapi ia gagal untuk mencapai sasaran.

"Buffy" dilaporkan akan membenarkan satu pengalaman yang lebih baik. Pengguna akan dapat memuat naik foto secara langsung dari aplikasi kamera dan juga menyambung hubungan telefon mereka dengan rakan profil Facebook mereka.

Jika ciri-ciri telefon Buffy dan Google+ jadi kenyataan sepenuhnya dalam peranti masing-masing, keutamaan pengguna rangkaian sosial yang akhirnya boleh menjadi faktor penentu dalam telefon pintar yang mereka pilih.

Penulis Tamu

Anda dijemput untuk menjadi Penulis Tamu di PUTERA.com! Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More